Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan bagi setiap generasi ada yang memberi petunjuk." (Ar-Raad: 7)
Petunjuk yang
dimaksudkan dalam ayat ini ialah rasul-rasul dan nabi-nabi. Ertinya
setiap zaman, Allah pasti akan mendatangkan orang-Nya yang menjadi
petunjuk kepada manusia.
Di zaman ada rasul, maka
rasul-rasul membawa syariat baru dari Allah. Di zaman tiada rasul,
nabi-nabi didatangkan untuk menyampaikan syariat rasul yang sebelumnya.
Manakala di segi akidahnya tetap sama, yakni setiap rasul datang untuk
mengenalkan Allah sebagai Tuhan kepada manusia. Cuma syariat yang
berbeza.
Sepanjang umur dunia,
Allah sudah mengutuskan 313 orang Rasul. Ada juga yang mengatakan 314
atau 315 rasul semuanya. Bilangan nabi pula seramai 124 ribu orang.
Nabi-nabi ini datang di antara atau di celah-celah kedatangan rasul .
Ada juga yang datang bersama-sama dengan kedatangan rasul.
Nabi Muhamad SAW adalah
nabi yang terakhir. Selepasnya tiada lagi nabi atau rasul sebab baginda
ialah Nabi akhir zaman. Selepas kewafatan baginda SAW, dunia bersambung
15 kurun lagi sebelum kiamat. Ertinya selama 1500 tahun, manusia
mempunya nabi yang telah wafat. Apa ertinya ini?
Rasulullah Terus Memimpin
Kewafatan Rasul SAW
bukan bermakna berakhirnya misi baginda sebagai Rasul dan Nabi. Bahkan
ketika saat kematiannya baginda menyebut, "Ummati, ummati...." Tangisan
baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan
menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai rasul tentu Allah ada
cara-Nya untuk melakukan peranan seorang yang sudah wafat dapat
menyelamatkan orang yang hidup.
Hal ini bukan sesuatu
yang mustahil. Dalama kitab-kitab terdapat banyak kisah menceritakan
bagaimana orang mati (roh orang soleh) boleh membantu orang hidup. Kalau
orang soleh pun boleh membantu secara roh, tentulah hal ini Tuhan
benarkan berlaku kepada Rasululah SAW selepas kewafatannya dalam memikul
tugas sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Bahkan sebelum kelahirannya
lagi, roh atau nur Muhammad yang suci itu telah berperanan. Nabi Adam
a.s pernah bertawasul dengan Rasul SAW apabila melihat nama Muhammad
digandingkan dengan nama Allah di Syurga.
Setelah wafatnya Rasul
SAW, bumi telah mengadu kepada Tuhan mengapa tiada lagi nabi yang
berjalan di atasnya sesudah nabi Muhammad SAW. Amirul Mukminin Sayidina
Ali kwh juga telah berdoa:" Ya Allah, Ya Tuhanku! Biarlah bumi ini tidak
sepi dari penegak agama-Mu dengan hujah sama ada secara terang-terangan
ataupun secara sembunyi."
Walau bagaimanapun,
dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, bumi ini sebenarnya tidak
pernah lengang dari para ulama yang hak dan para kekasih Allah dari
kalangan wali Autad dan Abdal yang membawa manusia kembali kepada Tuhan.
Rasul SAW bersabda yang
bermaksud: " Bahawa para ulama itu adalah pewaris nabi. Sesungguhnya
para nabi tiada mewariskan wang, tetapi mereka mewariskan umatnya ilmu
pengetahuan. " (Hadis diriwayatkan daripada Anas, tersebut dalam kitab
Al Jamius Saghir)
Dalam hadis yang lain , Rasul SAW bersabda yang bermaksud:
"Para ulama umatku sama seperti para nabi Bani Israel." (Menurut Fakhrurrazi, Ibnu Qudamah, Al Baziri dan lain-lain.)
Nabi-nabi Bani Israel
yang dimaksudkan di dalam hadis di atas, mereka muncul di celah-celah
terputusnya kezahiran para rasul bani Israel. Contohnya Nabi Samuel a.s
yang muncul di waktu kekosongan rasul iaitu setelah berlalunya zaman
Nabi Zulkifli a.s dan sebelum kedatangan Nabi Daud a.s. Manakala selepas
kewafatan Rasul SAW, tidak ada lagi nabi selepasnya. Lalu Rasul SAW
mengibaratkan para ulama yang hak di kalangan umatnya ini sebagai
pewarisnya dan menggantikannya dalam urusan tugas memikul tanggungjawab
meneruskan seruan agama Allah SWT. Begitu sekali nabi memuliakan para
ulama di kalangan umatnya dari segi peranan menyampaikan seruan, bukan
dari sudut darjah kenabian.
Begitu juga dengan
rahmat Allah SWT, di sepanjang zaman hingga kini dunia tidak pernah
putus dari adanya para wali Auad dan Abdal yang kerana ketaqwaan
merekalah Allah turunkan rahmat-Nya ke muka bumi. Cuma mereka tidak
dikenali umum. Tetapi bagi para mujaddid yang zahir setiap awal kurun,
kepimpinan mereka lebih terserlah berbanding ulama-ulama lain. Ini
kerana mereka adalah ulama berwatak rasul (yakni mereka mendidik dan
memimpin manusia menuju Tuhan). Oleh itu menjadi tanggungjawab umat
Islam di setiap awal kurun untuk mencari mujaddid di kurunnya kerana ia
adalah khabar gembira dari Rasul.

*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan