Jumaat, 19 Disember 2014

Peraturan Di Dubai Yang Perlu Kita Ketahui


Setiap negara mempunyai undang-undang sendiri dan semua orang termasuk pelancong perlu mematuhinya. Ada beberapa peraturan kesopanan yang perlu diketahui semasa bercuti di Dubai, UAE.

Sebagai negara yang menganut sistem undang-undang Islam, Dubai mempunyai peraturan yang ketat di beberapa bahagian. Seperti contoh, pelancong tidak boleh menunjukkan suasana romantik di depan umum. Jangankan berciuman, berpegangan tangan di hadapan umum pun dilarang.

Tahun 2010 lalu, sepasang pelancong asal UK pernah ditahan selama sebulan kerana berciuman di tempat awam. Peraturan yang berlaku di sana adalah tidak boleh mempamerkan suasana romantik di depan umum, termasuk berpegangan tangan atau berciuman.

Berikut beberapa peraturan dari Dubai Department of Tourism and Commerce Marketing:

Anda dibolehkan untuk minum minuman beralkohol jika sudah berumur 21 tahun ke atas. Namun, minum di kawasan umum atau mabuk di tempat awam sama sekali tidak dibenarkan.

Peraturan lain, mengumpat, meludah, bertindak agresif dan merokok di luar kawasan yang dibenarkan adalah tindakan yang melanggar peraturan. Para lelaki lazimnya saling menjabat tangan bila bertemu, Tetapi bagi para wanita diminta supaya tidak menghulurkan tangannya ke lelaki.

Bagi kaum lelaki, berhati-hatilah apabila melihat wanita Arab. Kerana peraturan yang ditetapkan, lelaki perlu mengelakkan menatap wajah wanita tempatan, walaupun sekadar menatap, daripada terkena masalah, lebih baik elakkan memandang wanita Arab.

Masa bercuti ke Dubai, pelancong wanita perlu mengenakan pakaian yang sopan. Memakai pakain yang terbuka bahagian atas atau bawah yang terlalu pendek di tempat awam, tidak dibenarkan. Memakai pakaian renang atau berbikini di boleh ketika berada di kolam renang atau kawasan pantai. Selain di sana, memakai pakaian minima tidak dibenarkan.

Peraturan terakhir adalah, para pelancong lelaki perlu selalu mengenakan baju. Lelaki sama sekali tidak boleh menayang dada atau akan dikenakan tidakan jika melanggar peraturan tersebut.dairishare

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...