Pernah kan alami perkara ni ? ? Duduk diam-diam pon kadang-kadang berdesing je telinga . Tapi pernah tak terfikir kenapa jadi begini ? ?
Menurut riwayat Ibnu Sunni , Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
" Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengigati ku dan berselawat lah kepada aku . Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR " - ( Al-Azakar : 33 )
Kejadian ini memang sering terjadi , sebab itu Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing supaya berselawat kepadanya dan membaca doa ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud :
" ALLAH S.W.T mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikan . "
Berdasarkan keterangan di atas , dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari Allah S.W.T kepada sesiapa yang dikehendaki Nya . Namun isyarat dan peringatan apakah yang ingin disampaikan Allah tidak kita ketahui .
Kalau telinga 24 jam berdesing selalu pula , tak lain tak bukan tahi telinga penuh . Hehee .
Wallahualam .
Sumber : IslamAgamaku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan