Selasa, 16 Disember 2014

Resepi - Jemput-Jemput Roti


Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, serius nak buat nye punyelah senang, bahan2 pun senang nak dapat, . Resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba




Jemput-Jemput Roti
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

1 cawan tepung gandum
8 keping roti yang diambil bahagian tepinya sahaja, ( tepi roti dipotong kecil)
1 biji telur
sedikit hirisan kobis
sedikit hirisan bawang besar
sedikit hirisan daun bawang
beberapa ekor udang yang dibuang kulit dan dicincang kasar
sedikit garam
- sedikit air, kuantiti air bergantung pada kepekatan adunan ya, air yang diperlukan lebih kurang 1/2 cawan, kepekatan adunan sama macam  kita buat jemput-jemput bilis yang biasa tu : )

caranya

1. Didalam bekas adunan, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati, tepi roti akan elok sebati dalam adunan ni nanti, jangan risau ya, di sarankan perap adunan selama 30 minit baru di goreng.

2. Setelah adunan diperap 30 minit, panaskan minyak dan jemputkan adunan menggunakan tangan atau sudukan adunan kecil-kecil di dalam kuali, goreng hingga keemasan. ( fungsi adunan di perap ialah supaya semua bahan mesra dan jemput2 roti ini akan kembung sedikit apabila digoreng nanti.

3.  Setelah jemput-jemput masak, angkat dan toskan minyak yang berlebihan. Sedap dimakan panas-panas dan dicicah bersama sos cili. Selamat Mencuba.

Nota: Jika ingin masukkan ikan bilis bagi menggantikan udang pun boleh, dan jika tidak mahu masukkan telur boleh juga boleh gantikan dengan hirisan kentang yang dicincang halus.

Untuk mendapatkan tekstur jemput-jemput yang rangup dan sedap, boleh juga gunakan air suam sebagai ganti air biasa, jemput-jemput akan rangup dan jadi lebih sedap. :
 http://www.jintanmanis.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...