Rabu, 17 Disember 2014

Kenali 10 syarikat, paling banyak menyebabkan kematian di dunia?

Apakah 10 syarikat yang paling banyak menyebabkan kematian di dunia?. Sepuluh syarikat yang disenaraikan di bawah ini telah mencatatkan rekod, menyebabkan kematian paling ramai di dunia. Kematian sama ada disebabkan kemalangan industri, kesan pencemaran atau syarikat tersebut terlibat secara tidak langsung dalam peperangan. Teruskan membaca...


Apakah 10 syarikat, paling banyak menyebabkan kematian di dunia 




10. Halliburton

Halliburton

Setiap perusahaan yang mempunyai Dick Cheney sebagai CEO pasti menjadi jahat. Haliburton,Perusahaan raksasa “oilfield services”, mengaut keuntungan besar waktu penjajahan AS ke Iraq ketika Cheney memanggil anak buahnya untuk memadamkan telaga minyak terbakar – dan untuk “membantu” kementerian minyak Iraq mengepam dan mengedarkan minyak.

Haliburton juga telah terlibat dalam tumpahan minyak yang tak terhitung jumlahnya, termasuk bencana BP tahun 2010.

9. Coca Cola


Coca Cola atau Coke, minuman ringan paling popular di Amerika dan di dunia?, boleh membunuh?

Ya, bahkan jika anda memilih untuk mengabaikan wabak obesiti dari anak-anak dan bagaimana pasaran minuman ringan ini untuk anak-anak, membiarkan anak-anak untuk membeli sesuatu yang benar-benar buruk bagi mereka.

Coca Cola telah menempa kehancuran di India, di mana kilang-kilang yang menggunakan hingga satu juta liter air per hari, meninggalkan puluhan ribu warga setempat dalam kekeringan, sehingga tidak ada air untuk bertani bahkan untuk mandi dan minum kerana air tanah telah jauh menyusut sampai beberapa meter sehingga telaga-telaga mengering.

Kemudian kilang membuang sisa secara tidak benar, mencemarkan apa pun di air yang tersisa.Satu tuntutan pada tahun 2001 kerana Coca Cola menggaji tentera di Columbia yang menekan kesatuan pekerja di kilang cola di sana melalui intimidasi, penyiksaan dan pembunuhan.

8. Pfizer


Big Pharma akan kaya ketika Anda sakit. Pfizer, perusahaan farmasi terbesar di AS, mengaku bersalah pada tahun 2009 dengan penipuan perawatan kesihatan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, menerima hukuman jenayah haram terbesar yang pernah untuk pemasaran empat ubat nya.

Ini adalah kes keempat Pfizer.Seolah-olahnya menggunakan Pfizer pada haiwan percubaan tidak cukup memilukan hati, Pfizer memutuskan untuk menggunakan pada anak-anak Nigeria sebagai ujian perubatannya.

Pada tahun 1996, Pfizer pergi ke Kano, Nigeria untuk mencuba sebuah eksperimen meningitis antibiotik pada 3 penyakit dunia seperti Campak, Kolera, dan Bakteria.

Mereka memberi trovafloxacin untuk sekitar 200 anak-anak. Puluhan dari mereka meninggal dalam percubaan itu, sementara yang lain banyak menderita fizikal dan cacat mental. Menurut EPA , Pfizer juga dengan bangga mendakwa sebagai sepuluh perusahaan teratas di Amerika yang menyebabkan polusi udara yang paling buruk.

7. ExxonMobil


Perusahaan minyak lain yang masuk dalam senarai adalah, ExxonMobil mungkin paling dikenali kerana tumpahan minyak Exxon Valdez 1989 yang mengakibatkan 11 juta galon minyak mencemari Prince William Sound.

Tapi mereka juga bertanggung jawab atas tumpahan minyak terbesar di Brooklyn dan menjadi penyebab penurunan populasi dan mengancam punah Paus abu-abu Rusia kerana memusnahkan mereka di habitat aslinya.

Lembaga Penelitian Politik Ekonomi menyatakan ExxonMobil berada di peringkat keenam di antara perusahaan yang paling mencemari udara di Amerika Syarikat. Counter ExxonMobil tidak membuat hal ini dengan tindakan, tetapi dengan mengeluarkan dana untuk kajian ilmiah yang menyatakan itu pemanasan global.

ExxonMobil telah digugat oleh aktivis hak asasi manusia pada tahun 2001 dalam dakwaan mereka menyatakan bahawa ExxonMobil menggaji tentera Indonesia, yang memperkosa, menyiksa dan membunuh semasa menjaga keamanan kilang mereka di Aceh.

6. Caterpillar Company


Caterpillar menjual semua jenis traktor, truk dan mesin – termasuk banyak kenderaan, kapal dan kapal selam yang digunakan oleh tentera AS.Caterpillar juga membekalkan tentara Israel buldozer yang digunakan untuk menghancurkan rumah-rumah rakyat Palestin – kadang-kadang masih ada orang-orang berada di dalam rumah itu.

Pada tahun 2003 sebuah buldozer Caterpillar melanggar dan membunuh Rachel Corrie, Seorang gadis remaja Amerika yang melakukan protes di Gaza yang berdiri di depan traktor untuk mencegah zionis menghancurkan rumah penduduk Palestin.

5. Ringling Brothers and Barnum & Bailey


“Acara paling kejam di Bumi” terkenal dengan penyalahgunaan keatas binatang liar.
Pada bulan Julai 2004, Clyde, seekor singa muda yang berpergian dengan Ringling, mati dalam gerbong yang mempunyai pengudaraan yang teruk sewaktu rombongan itu melintasi Gurun Mojave pada suhu melebihi 100 darjah Fahrenheit.


Gajah sarkas secara rutin dikurung selama berhari-hari pada suatu waktu dan dipukul dengan bullhooks dan prods yang mempunyai setrum, dan ketika sang gajah sudah muak, gajah itu mulai menyerang.

Dalam satu kes yang terkenal pada tahun 1994, seekor gajah bernama Tyke menewaskan pelatih dan melukakan 12 penonton sebelum ditembak mati di jalan Honolulu. Ringling Brothers dan Barnum dan Baily Circus juga memiliki sejumlah pegawai yang mati kerana kebakaran di bahagian atas tenda besar sarkas pada tahun 1944 yang juga menewaskan seratus penonton – kerana kanvas itu secara ilegal tidak tahan pada api

4.Monsanto


Big Agra membuat senarai dengan Monsanto, makanan bius kejuruteraan genetik, hormon pertumbuhan sapi, dan racun. Monsanto juga membuat kerja kejahatan termasuk menciptakan benih “terminator” yang menciptakan tanaman yang tidak pernah berbuah atau berbunga sehingga petani harus membeli kepada mereka benih baru setiap tahun, melobi untuk memiliki “hormon-bebas” label dihapuskan dari label susu dan bayi pengganti susu (melalui bovine hormon pertumbuhan yang diyakini menjadi kanser-akselerator) serta berbagai pelanggaran lingkungan dan kesihatan manusia yang terkait dengan penggunaan racun Monsanto – yang paling utama “Agen Oranye.”


Antara 1965 dan 1972, Monsanto telah membuang ribuan tan sisa yang sangat beracun di landfill Inggris. Menurut Badan Lingkungan Hidup bahan kimia yang mencemari air, tanah dan udara yang telah mereka lakukan nampak selama 30 tahun ke depan.

Negeri Alabama menggugat Monsanto selama 40 tahun kerana pembuangan merkuri dan PCB ke dalam anak sungai setempat.

Tambahan lagi, Monsanto terkenal kerana mendekati para petani yang mereka tuntut untuk membantu, namun mereka menggugat dan memenjarakan petani kerana menyimpan benih dari tanaman satu musim untuk tanaman berikutnya.

3. Nestle


Bertentangan dengan gambar logonya yang manis, kejahatan Nestle melawan manusia dan alam termasuk deforestasi besar-besaran di Kalimantan – habitat orang utan terancam punah – untuk menanam kelapa sawit, dan membeli susu dari penternak haram di Zimbabwe.

Nestle menciptakan api untuk alam sekitar kerana menyatakan bahawa botol air dari nestle adalah “mesra alam” tapi itu tidak benar.

Nestle membuat dunia tertarik dengan upaya boikot untuk mendesak ibu-ibu di negara dunia ketiga menggunakan susu formula mereka pengganti untuk bayi dan bukan menggunakan Air Susu Ibu tanpa memperingatkan mereka dari pengaruh negatif yang mungkin timbul kelak.

Menurut dugaan, Nestle mengupah perempuan yang berpakaian seperti jururawat untuk membahagikan susu formula percuma, yang sering dicampur dengan air yang tercemar, atau saat anak-anak kelaparan dan saat ibu mereka tidak mampu lagi menyusui kerana air susunya sudah kering kerana tidak terpakai. Nestle, tentu saja, membantah menyumbang terhadap kematian ribuan bayi.

2. British Petroleum



Siapa yang boleh melupakan Ledakan Oil Rig 2010′s di Pantai Teluk yang membunuh 11 pekerja dan ribuan burung, penyu laut, ikan lumba-lumba dan haiwan lainnya, secara efektif menghancurkan perikanan dan industri pelancongan di wilayah ini?

Ini bukan pertama kali kejahatan BP terhadap alam. Bahkan, antara Januari 1997 dan Maret 1998, BP bertanggung jawab atas kes 104 tumpahan minyak. Tiga belas pekerja rig terbunuh pada tahun 1965 dalam satu letupan, manakala 15 maut pada 2005. Juga pada tahun 2005, sebuah feri yang membawa pekerja minyak BP karam,seramai 16 orang terbunuh.

Pada tahun 1991, EPA menetapkan BP sebagai perusahaan yang paling tercemar di Amerika Syarikat. Pada tahun 1999, BP dibebankan dengan pembuangan ilegal limabh beracun di Alaska, kemudian pada 2010 pula berlaku kebocoran di udara yang sangat berbahaya meracuni udara di Texas.

Pada bulan Julai 2006, petani Colombia memenangi penyelesaian dari BP setelah mereka menuduh syarikat memanfaatkan rejim yang berkuasa atas keganasan yang dilakukan oleh kerajaan tentera Colombia saat melindungi paip Ocensa.


1. Dyncorp



Syarikat tentera swasta ini sering disewa oleh kerajaan AS untuk melindungi kepentingan Amerika di luar negara - dan sehingga kerajaan As boleh mendakwa tidak bertanggung jawab atas tindakan kejam yang DynCorp's lakukan.

DynCorp terkenal kerana kebrutalannya di negara-negara miskin, memperdagangkan kanak -kanak untuk seks , juga membantai orang awam di Iraq dan Afghanistan, dan untuk latihan pemberontak di Haiti.

Di antara beberapa persaingan yang ketat, DynCorp mungkin syarikat sewaan paling brutal dan paling jahat di Amerika Syarikat.

P/s: Jika benarlah apa yang tersenarai diatas..Mereka memang Dashyat !

Wa Allahu'alam..
 http://www.ohdunia.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...