Rabu, 17 Disember 2014

Langkah Menghadapi Dugaan

 
 
Assalamualaikum...
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..."
(AL-Ankabut  : Ayat 2 & 3)
 
 

1. Sabar


Sabar adalah salah satu sifat mulia lagi terpuji yang sewajarnya dimiliki oleh setiap Muslim untuk mengecapi keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : Sabar itu sebahagian dari iman. Riwayat al-Tabarani dan al-Balhaqi. Sifat sabar amat perlu disemai dan dibajai dalam diri setiap Muslim kerana kehidupan ini pada hakikatnya merupakan satu medan perjuangan dan arena pertarungan sengit yang menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. Malahan hidup ini sentiasa menuntut kearah buah fikiran, tenaga, harta dan bahkan nyawa sekali pun. Maka dengan kesabaran, keyakinan diri dan keimanan akan mantap dalam menghadapi apa juga cabarab yang mendatang.


2. Mendirikan Solat

Solat adalah aspek penting dalam kehidupan seharian kita. Solat ditekankan dalam kehidupan  setiap insan yang dilahirkan di dalam Islam mehupun kepada yang baru memeluk Islam.

Solat merupakan tiang kepada agama yang dapat mendisiplinkan umat dan dengan solat, ia dapat memelihara jiwa seorang Islam daripada kemaksiatan dan kemungkaran yang saban hari semakin mecabar kehidupan arus kemodenan akhir-akhir ini.

Ia aspek penting dalam membentuk jati diri yang kuat untuk menempuh dugaan seharian yang menjadi permainan dalam kehidpuan manusia.

Solat menjadi kekuatan jiwa yang hakiki dalam memainkan peranan yang penting untuk menjada diri serta mendapat ketaqwaan yang tinggi dengan kekuatan-kekuatan tambahan yang harus difahami oleh setiap insan dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa.



3. Berzikir Ingat ALLAH

Zikrullah atau berzikir mengingati ALLAH s.w.t salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Zikrullah yang dimaksudkan ialah mengagungkan ALLAH s.w.t, menyebut kalimah ALLAH s.w.t, mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta melakukan pujian kepada-NYA.

Apabila seseorang berhadapan dengan kesulitan, zikrullah alternatif dalam menyelesaikan segala masalah. Inilah sebenarnya kekuatan dalaman atau faktor utama ketegugan emosi dalam mengharungi segala macam pancaroba hidup.

4. Membentuk Kesedaran

Kita perlu memiliki kesedaran bahawa hidup ini susah iaitu penuh dengan cabaran dan dugaan. Apabila kita lupa hidup ini susah, kita tidak akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku.

Bersedia tidak semestinya sentiada memikirkan masalah-masalah yang akan datang. Tetatpi kita sentiasa bersedia dengan fizikal dan mental jika berhadapan dengan masalah yang mungkin akan berlaku kepada kita.

Apabila kesedaran hidup ini susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan dan daya yang kita miliki ini HANYALAH sekadar kekuatan dan daya yang dialirkan ALLAH s.w.t ke dalam diri kita. Kita tidak mampu mengharungi kehidupan yang susah ini tanpa bantuan ALLAH s.w.t. Lalu kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan ALLAH s.w.t.



5. Bertaubat Dan Beristighfar

Amalan istighfar untuk memohon keampunan ALLAH sebanyak yang boleh setiap hari sebagai ibadah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermasksud : "Barang siapa memperbanyakkan istighfar, ALLAH melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluat dagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Begitulah kedudukan istighfar sebagai meanisme menghadapi pancaroba hidup. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan seandainya ALLAH membantu kita, begitulah sebaliknya, tiada apa boleh dilakukan tanpa pertolongan ALLAH.

Firman ALLAH bermaksud : "Dan (dia berkata), wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-NYA, nescaya Dia akan menurunan hujan yang sangat deras atas kamu dan Dia kan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (Surah Nuh : Ayat 52)

Nyata taubat dan istighfar adalah penyelesaian masalah hidup. Oleh itu, dalam kehidupan serba moden hari ini, amalan taubat dan istighfar mestilah tidak dikecualikab, sebaliknya dijadikan amalan harian khususnya selepas solat wajib mahupun sunat.



6. Mengawasi Diri

Kecerdasan emosi adalah sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan untuk mengawasi diri sendiri dan juga orang lain serta boleh membezakan diri dengan orang lain. Ia juga menggunakan maklumat untuk membimbing ke arah satu pemikiran dan juga tindakan.

Kecerdasan emosi merupakan satu kemahiran yang melibatkan individu itu mengawal atau mengawasi diri sendiri dan juga individu lain atau dalam menghadapi sebarang permasalahan serta boleh membezakan sesuatu keadaan diri sendiri dan juga keadaan individu lain atau dengan kata lain, kemampuan seseorang individu itu mengendalikan emosi dan menahan diri dari melakukan sesuatu perkara yang negatif atau yang mendatangkan keburukan sama ada untuk diri sendiri juga orang lain.


7. Doa Mohon Perlindungan

Kita sebagai manusia ini memang tidak boleh lari dari macam-macam masalah dan dugaan. Tidak semua dugaan mampu kita hadapi dengan tenang. Sebagai hamba ALLAH, kita tidak boelh lupa akan NYA tak kira ia susah atau senang. Kalau tengah susah, mohon la supaya diberi kekuatan dan kalau tengah senang pulak, mohon agar sentiasa kuat untuk menempuh dugaan yang mendatang.
 senjamendamaikan.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...