Selasa, 16 Disember 2014

Apakah Pengorbanan Cinta?

 
 
Korang jangan fikir bercinta ini mudah. Yang mudah hanya melafazkan perkataan cinta sebab hanya menggunakan air liur tetapi untuk pastikan cinta korang itu berjaya korang kena fikir kenyataan kat sini.
 

MASA
Dulu masa korang tak bercinta lain la... banyak masa terluang dan terbuang... masa itu bolehlah korang huha sana sini tapi sekarang korang kena luangkan masa temankan kapel korang pegi shopping, tengok wayang, memujuk dan lain-lain lagi. Penatkan?

BIL TELEFON
Takkan nak guna surat-menyurat beb, tak urban la... nampak tak macho la nanti. Korang kena la gunakan telefon bimbit baru yang pantas di tambah pula dengan 3G. Dulu kalau bil korang hanya RM30 tapi disebabkan dah bercinta maka makin bertambah bil... minima pun dah RM300.

TAMBANG
Yang ada kenderaan sendiri okey la tapi bajet belanja minyak mesti naik punya. Ye la.... nak kena bawak dia pegi jalan-jalan. Kalau nak jimat gi la dating naik kenderaan awam tapi sendiri kena ingat la... lepas ini korang jalan sorang-sorang ja la.

KOS MAKAN
Dulu makan bayar untuk seorang je tapi bila dah bercinta korang kena belanja duntuk seorang lagi. Ada cara nak save budjet korang makan kat rumah pasti bila dating korang takyah makan, biarkan dia sorang je makan.

PAKAIAN
Katakan la kapel korang itu tastenya tinggi, takkan keluar dengan dia pakai slebet je. Korang kena la ubah penampilan dan bergaya... tu pun duit tu. Tak masuk kalau dia mintak belikan pakaian untuknya lagi bukan?

HADIAH
Setiap kali sambut birthday kapel korang mesti kena sediakan hadiah. Hadiah murah kompom kena rejek punya. Tu tak termasuk meraikan birthday mak, ayah, abang, kakak atau adik dia lagi. Itu semuanya perlukan duit.

Jadi, fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kalau tidak nahas dan buruk padahnya! HAHA! 
 http://www.shakroil.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...