SHAH ALAM - Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan
menyelamat setelah pesawat milik mereka dilaporkan hilang hari ini .
“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia
bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan
Air Asia hari ini.
Sementara itu, bagi membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang
pesawat itu, AirAsia telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di
talian +622129850801.
Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman webwww.airasia.com .
Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor
pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik
pada jam 7.24 pagi ini.
Pesawat AirAsia dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya,
Indonesia ke Singapura pagi ini setelah dilaporkan terputus perhubungan
dengan pusat kawalan udara.
sinar harian
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan