Anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
iaitu penyanyi Najwa Mahiaddin atau nama sebenarnya, Najwa Muhyiddin
telah selamat bertunang dengan Idris Koh Keng Hui, juga seorang ahli
muzik, selepas solat Isyak, semalam.
Untuk makluman, pertunangan tersebut telah diadakan di kediaman Timbalan Perdana Menteri itu di Sri Satria, Putrajaya.
Dalam majlis tersebut, keluarga Idris telah memberi tiga dulang hantaran dan dibalas lima hantaran oleh Najwa.
Bagi yang tidak mengenali Najwa, penyanyi itu popular dengan lagu 'You've Got To Go' dan 'Seri Mersing'. Najwa juga baru-baru ini telah mula berhijab dan perkembangan terbarunya itu telah diterima baik oleh peminatnya.
Tahniah diucapkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan