Assalamualaikum...
Pada zaman
dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu
menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. dia amat suka
membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis pada novel itu nama dan alamat seorang
gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas
dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulak ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingain berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari bertukar
minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada
perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si
gadis. Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing-masing.
tetapi perasaan sayang tetap terbuku di hati.
Pada suatu
hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang.
Si jejaka marasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia
mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka
diutuskan sepucuk surat berbunyi, "Kalau ALLAH panjangjan jodoh kita,
dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi
pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan mengenali kamu
sekiranya kamu juga memegang sekuntuk bunga mawar merah. Setelah itu
izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka perli lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu.
Beberapa bulan kemudian.
Pada hari
pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang
dijanjikan sembil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya.
Diperhatikan seorang demi seorang gadis yang berada si stesen keretapi
itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si
jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan
berjerawat mukanya, duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling
seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat
sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna
merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah
gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia
memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu
melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus
menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "Aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama
kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu
denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu
tersenyum lagi dan berkata,"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada
seorang gadis cantik jelita memberikan bungai ini kepadaku sebentar
tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di
restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan makan
dan bertemu orang tuamu".
senjamendamaikan.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan