Isnin, 22 Disember 2014

Resepi: Jemput-jemput Potato Cheese yang Lembut dan Sedap!!!

Rutin bangun pagi... Otak ligat memikir nak masak apa sarapan pagi ni... Biasa yang ringan-ringan je...
Sekali tengok kat dapur ada kentang... Hmmm... Jemput-jemput kentang... Lepas tu teringat jemput-jemput cheese Kak Mimi   baru-baru ni... Jadi, combine dua resepi dan upgrade sikit... Sebab kebetulan cheese ada... 

Mudah sangat nak buat... Tapi memang lembut dan sedap... 



Bahan-bahan:

# 2 cawan tepung
# satu biji kentang yang direbus dan dilenyek
# dua keping cheese
# satu sudu kecil soda bikarbonat
# satu sudu besar susu tepung
# satu sudu teh gula
# satu sudu kecil garam
# satu sudu kecil serbuk penaik
# air suam

Cara-cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas... Gaul sebati... Bancuh dengan air suam dengan bancuhan yang sederhana ... Tak pekat sangat dan tak cair sangat... Dah sebati semua... Buatlah jemput-jemput sama ada guna tangan atau sudu... Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas... Tujuannya supaya jemput-jemput tadi tak serap minyak dan tak muak bila makan.... Juga untuk elakkan dari melekat kat kuali sebab letak cheese kan... 

Memang sedap makan panas-panas... Menjadi juga... Alhamdulillah... Lepas dah sarapan hari ni... Esok pikir sarapan lain pula.... Itulah suri rumah kan... Setiap hari pikirkan perut keluarga untuk diisi... Tambah letih dgn anak yg makin membesar sering merungut lapar walaupun makan tak pernah berhenti kan... Hmmm.... Layan kan aje... 

Siapa yang nak cuba dipersilakan ya... 
 http://www.mariafirdz.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...