Ahad, 14 Disember 2014

Tips Meletak Cermin Hisan Dalam Rumah

CERMIN HIASAN RUMAH


MELETAK CERMIN HIASAN DALAM RUMAH

~ Pastikan cermin yang digantung tidak terlalu tinggi, melainkan ia digunakan untuk memantulkan cahaya daripada tingkap. Bila terlalu tinggi, anda dan orang lain tidak dapat melihat refleksi imej yang cuba ditonjolkan.

~ Selalu fikirkan apa yang akan dipantulkan oleh cermin anda. Sepatutnya ia digunakan untuk barang atau hiasan yang menarik seperti lukisan dan artwork. Elakkan mana-mana tempat serabut (tidak sedap mata memandang) daripada kelihatan di dalam cermin.

CERMIN HIASAN
~ Pastikan anda memilih frame yang sepadan dengan tema bilik anda. Bentuk dan stail cermin anda seharusnya seiring dengan elemen dekorasi anda yang lain.





~ Bila memilih cermin untuk bilik anda, fikirkanlah yang besar. Lagi besar cermin...lagi banyak cahaya yang akan dipantulkan. Namun, terdapat satu kelemahan pada cermin besar kerana ia mudah pecah. Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkannya daripada berlaku.

~ Untuk tujuan keselamatan, jika cermin yang anda gunakan berat, anda mesti pilih kawasan dinding, alat dan bahan yang digunakan untuk menempatkannya betul-betul kukuh.
 http://juairumah.blogspot.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...