Cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak.
Antara sebab tersebut adalah:
- Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.
- Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.
- Mendukung bayi secara vertical boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)
Tip Mendukung Bayi
· Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, pastikan tali dan pendukungnya cukup ketat.
· Pastikan ibu boleh memeluk dan mencium bayi.
· Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.
· Pastikan anda boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.
· Pastikan wajah bayi juga melihat ke atas bukan ke bawah.
· Pastikan kepala bayi hampir dengan dagu ibu. JIka terlalu bawah ia bermakna salah posisi.
· Pastikan juga jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.
· Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.
· Pastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.
pama
artikel yg menarik
BalasPadam