Tahukah anda bahawa setiap bentuk dan jenis pisau dicipta untuk memudahkan urusan kita dan lebih-lebih lagi mempercepatkan urusan kita di dapur?
Jenis-jenis Pisau Dan Fungsinya
1. Pisau Utilities
Bersaiz sederhana berukuran enam hingga lapan inci. Kebiasaannya digunakan untuk melakukan kerja-kerja penyediaan makanan yang ringkas seperti memotong salad, sayuran hijau dan buah- buahan.2. Pisau 'slicer'
Berbentuk panjang dan lurus dengan mata bilah berukuran sehingga 14 inci. Pisau jenis ini digunakan untuk memotong daging mentah menjadi kepingan nipis.3. Pisau Chef
Jenis pisau ini adalah yang paling utama dan terpenting yang sering digunakan berbanding pisau-pisau lain. Kepelbagaian fungsinya untuk memotong, menghiris, meracik, mencincang dan sebagainya menjadikan Pisau Chef cukup digemari untuk digunakan. Mata pisau Chef adalah bersaiz lapan hingga 12 inci.Penggunaan Pisau Chef yang terbaik sebenarnya terletak pada skil seseorang itu yang mampu menjadikan Pisau Chef memotong lebih pantas seperti sebuah mesin pemotong. Pilihan saiz yang lebih besar sesuai digunakan untuk memotong kepingan dan membelah, manakala saiz yang agak kecil digunakan untuk kerja-kerja yang lebih rumit seperti untuk menghiris halus.
4. Pisau Pengupas Kulit
Pisau jenis ini direka untuk memudahkan kerja-kerja mengupas kulit-kulit buah-buahan dan sayuran. Menggunakan Pisa jenis ini dapat menjimatkan masa dan selamat digunakan serta mendapatkan kupasan kulit yang lebih kemas. Bersaiz agak kecil dan ini memudahkan untuk dipegang semasa digunakan.5. Pisau Roti
Mata pisau yang bergerigi digunakan untuk memotong atau menghiris roti, kek dan produk pastri lainnya. Bentuk mata pisau yang sedemikian memudahkan urusan memotong dengan lebih kemas dan cantik. Kebiasaannya mata pisau berukuran antara lapan hingga 10 inci panjangnya.6. Pisau 'Butcher'
Pisau jenis ini lebih berat apabila dipegang. Ini bertujuan untuk memberi penekanan maksimum semasa memotong. Sesuai untuk digunakan semasa memotong raging yang bersaiz agak besar untuk dijadikan bahagian yang kecil.7. Pisau 'Boning'
Pisau ini digunakan untuk memisahkan daging daripada tulang. Mata bilahnya berukuran antara lima hingga enam inci. Bahagian pangkal bilah direka lebih keras untuk digunakan ketika kerja pemotongan lasak seperti memotong daging yang tebal dan sebagainya.Manakala pilihan untuk memisahkan daging ikan yang lebih lembut teksturnya afalah perlu memilih bilah pisau yang lebih kecil hujungnya untuk melakukan tugas tersebut dengan lebih sempurna.
Oleh itu, kita perlu tahu setiap tugas yang dilakukan didapur dan dengan menggunakan pisau yang betul dan sesuai agar segala tugas dapat dilakukan dengan lancar. Hidangan kita pun tentu hebat hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Majalah RASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan