Khamis, 30 Julai 2015

Berusia 13 Tahun Namun Hasil Lukisannya Bakal Buat Anda Berkata ‘WOW!’

amaninahanis
Setiap daripada kita dikurniakan dengan bakat yang tersendiri. Cuma kadang kala kita yang tak tahu dan tak pernah cuba untuk tunjukkan kebolehan yang dimiliki.

Berbeza buat gadis berusia 13 tahun ini, bakat melukis yang dimilikinya cukup mengagumkan. Iyalah bukan calang-calang orang dapat melukis dengan begitu sempurna diusia 13 tahun.

Korang boleh tengok sendiri, gambar lisa surihani pon dia lukis okay.


INFO - Cantiknya Kulit Wajah Kalau Guna 10 Petua Mudah Ini


Cantiknya Kulit Wajah Kalau Guna 10 Petua Mudah Ini
 
Tengok orang kulit cantik dan bersinar, kita pun mestilah nak tahu rahsia kecantikannya. Malah ada yang sanggup beli produk macam-macam kalau dapat tahu mana-mana produk yang berikan kesan yang luar biasa pada kulit wajah. Tetapi hati-hati ya, anda belum tentu tahu kesan jangka panjang daripada penggunaan sesuatu produk yang dicuba akibat bahan kimia yang disapu pada kulit wajah. Apa kata kali ini anda cuba menggunakan bahan semula jadi yang mudah dan murah ini untuk rawat kulit wajah...
 

Selasa, 28 Julai 2015

Kisah ‘Sweet’ Percintaan Dengan Pensyarah Yang Kini Bergelar Suami

Screen Shot 2015-07-27 at 10.47.05 PM
Kalau dah jodoh tu tak ke mana.. Bak kata orang, cinta itu buta dan tak mengenal siapa. Ada yang tua kahwin dengan 10 tahun lebih muda, ada yang muda kahwin 30 tahun lagi tua, macam-macam lagi lah! Dah Tuhan bagi kita pasangan yang sesuai tu, terima je lah kan? Hehe..

Kali ini kami nak kongsikan cerita yang ‘rare’ untuk korang iaitu kisah percintaan student dan juga lecturer. Menarik bukan? Mana la tau dulu-dulu masa korang study dulu ada lecturer yang handsome atau cun tapi hanya mampu melihat je. Haa jom kita ikuti student yang kini bergelar isteri kepada lecturer nya. Sweet bak hang!


Rombakan Kabinet: 7 menteri, 9 timbalan menteri baharu dilantik

Rombakan Kabinet: 7 menteri, 9 timbalan menteri baharu dilantik
Rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri hari ini. -Foto Putrajaya
Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14

Keseluruhan, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baru telah dilantik.


INFO - Jenis Makanan Yang Boleh Buat Bayi Anda Cepat Gemuk

BAYI 
Ketika bayi anda berusia 6 bulan, dia akan diperkenalkan dengan pelbagai variasi makanan bayi yang berbeza.Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah makanan tersebut adalah makanan sihat dan terbaik sehingga boleh membuatkan bayi anda menjadi cepat gemuk, namun tidak membuatkannya terlalu gemuk.

Melalui makanan yang sihat, bayi anda akan mendapatkan manfaat yang luar biasa. Bukan sahaja sihat, cepat gemuk, malahan makanan yang dinikmati ketika masih kecil ini juga akan mempengaruhi tahap kecerdasan dan kesihatannya sehingga dia dewasa kelak.

Jangan Pernah Panggil “Ummi-Abi” Pada Pasangan

pasangan1
Apakah dengan pasangan sering memanggil dengan sebutan abi-ummi, atau ayah-bunda, atau bapak-ibu?
Banyak yang menyebut demikian dengan alasan untuk membiasakan anak memanggil orangtuanya. Akan tetapi ketika sedang berdua dengan pasangan pun, jadinya terbiasa dengan panggilan Ummi-Abi, Ibu-Bapak, dan lainnya. Sebenarnya lebih baik memanggil pasangan kita dengan panggilan mesra terutama ketika hanya berduaan saja.
Secara psikologis, memanggil pasangan dengan sebutan Ummi-Abi, Ayah-Bunda, akan menghilangkan keromantisan antar pasutri. Beberapa pakar psikologi menganggap panggilan demikian akan memudarkan kemesraan antar pasutri, bahkan bisa jadi menghilangkan semangat bercinta.
Selain itu, apakah Rasulullah mencontohkan memanggil pasangan dengan sebutan demikian?
 

Ahad, 26 Julai 2015

Pilot dan Penumpang Pesawat Ini Terkejut Kehadiran Makhluk Misteri


Penerbangan pesawat kecil ini dikejutkan dengan kehadiran mahkluk tiak diundang yang menyelinap di celah-celah sayap pesawat. Makhluk itu bersembunyi di celah-celah sayap pesawat dari sebelum pesawat melakukan penerbangan. Ketika pesawat ke udara, makhluk itu perlahan-lahan menunjukkan diri, hingga membuat pilot pesawat dan penumpang terkejut. Melihat ada tetamu tidak diundang di pesawatnya. Untungnya, meskipun diterpa angin kencang, makhluk itu mampu berpegangan dengan erat hingga dapat mendarat dengan selamat.Jom saksikan video berikut ini: 

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ/http://najmimirza.blogspot.com/


Mengenali Keperibadian Wanita Dari Cara Mereka Bawa Motor

Mengenali Keperibadian Wanita Dari Cara Mereka Bawa Motor | Selain dari pada mengenali wanita dari cara berjalan rupanya masih ada lagi cara mengenali kepeibadian wanita dari cara lainnya,agak sulit sebenarnya untuk memastikan dari luarnya saja. Tapi, dengan bermodal sedikit trik-trik psikologi, kita bisa menentukan berbagai kepribadian dan emosi wanita dari cara merea membawa motor.
1.Bertanggung jawab.
images

Wanita yang membawa motor dengan seorang lelaki di belakang ianya adalah jenis yang bertanggung jawab dan mempunyai kepercayaan diri yang cukup tinggi,Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahasia. Walaupun banyak yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur dan nakal, suka menipu teman sendiri, dan merugikan temannya, namun, banyak lelaki yang berusaha untuk menaklukan hatinya,konon mereka menganggap apabila mendapat wanita seperti ini hidup akan lebih senang.

RESEPI KAYA HATI DAN KAYA JIWA

Agak panjang tapi berbaloi untuk membuatkan kita lebih bersemangat meniti hari-hari mencipta kejayaan bersama.
----------------------------------------------------
1. Hidup Bertuhan

Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf: 16)Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya.Contoh,“Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”“Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Dialog Paling Diingati Dalam Filem P.Ramlee

top 10 dialog paling diingati dalam filem pramlee
Salah satu elemen yang dilihat paling kuat dalam filem-filem terbitan, arahan serta lakonan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah menerusi pengucapan dialog atau pengucapan bagi setiap watak-watak yang ditonjolkannya.
Boleh dikatakan, hampir keseluruhan dialog P Ramlee mudah diingati khususnya dalam filem-filemnya yang bercorak komedi kerana P.Ramlee tahu, masyakat lebih muda menerima komedi berbanding yang lain berdasarkan kepada dialog serta tingkah laku yang dibentuknya.
Sesetengah dialog itu barangkali kedengaran kasar dan agak keterlaluan, namun apa yang menghairankan, penerimaan komuniti masyarakat terhadap dialog-dialog itu tidak sejengkel yang dijangka. Mungkin kerana P.Ramlee bijak mengadunkan senario dan dialog kasar itu bersesuaian dengan suasana atau keadaan.
Tidak terlalu 'melampau' untuk di halwa telinga penonton sebaliknya wujud satu perasaan positif pada hati kita yang itu adalah gurauan jenaka sebenarnya.

Sambutan Hari Raya Di China Yang Ramai Tak Tahu!

ISLAM telah bertapak di Tanah Besar China lebih 1,000 tahun dahulu. Dan jumlah penduduk Islam di China jauh lebih besar berbanding di Malaysia atas faktor keluasan pengaruh Islam dan negaranya.
Sahabat saya seorang Cina beragama Islam asal dari negara China, Haji Yusuf Liu menghantar gambar-gambar menunjukkan kebesaran Islam di tanah besar itu.
MasyaAllah kita lihat gambar-gambar sambutan Eidulfitri di bandar raya Xining di wilayah Qinghai, Xinjiang, Linxia, Yinchuan dan Hong Kong.
raya-cina1 

Kusyuk dalam solat


Selalu kita solat dan kita tak tahu pun samaada solat kita itu Allah terima atau tidak, tapi kita perlu berbaik sangka kepada Allah sebab Allah ta'ala sebut dalam hadith qudsi 'Aku adalah sebagaimana sangkaan hamba-hambaKu kepadaKu'.

Namun dalam masa yang sama kita juga kena solat dengan ertikata benar-benar solat. Bermula dengan wuduk dengan sempurna kemudian berdiri dengan tenang. Berfikir seketika tentang solat yang hendak di kerjakan dan apakah fadhilat-fadhilat yang akan Allah ta'ala beri. Seterusnya niat untuk solat tersebut diiringi dengan takbir. Cuba jarakkan Allahu Akbar bukannya Allah huakbar... dalam erti kata lain sebutan biar betul.

Dalam solat kita harus memahami segala yang kita sebut dengan lidah. Selepas takbir pasti doa iftitah, dan sewaktu membaca doa iftitah kita kena faham apa maksud yang kita sebut itu. Saiyidina Umar r.anhu berkata ketika solat, ia membayangkan Allah berada dihadapannya dan melihatnya. Titian sirat berada dibawah tapak kakinya. Syurga berada dikanannya dan neraka berada disebelah kirinya. Manakala Malaikat Izrael yang bertugas mencabut nyawa berada diatas kepalanya. Lalu dia bersolat dengan bersungguh-sungguh.

Hari ini kita nak solat seperti mana Saiyidina Umar r.anhu solat memang agak sukar. Tambahan teknologi dan bunyi-bunyi yang berada disekeliling kita amat mempengaruhi. Tapi satu peristiwa seorang tabi'in solat dan sedang bersolat tiba-tiba rumahnya terbakar. Dia meneruskan solat sedangkan orang ramai berusaha lari kesana kemari membawa air untuk disiram kedalam api yang sedang marak. Selesai solat dia bertanya apakah bunyi yang sangat riuh itu? Mereka yang mendengar soalan sebegitu dari mulutnya bertanya kembali, 'Apakah tuan tidak sedar api sedang marak membakar rumah tuan ketika tuan solat tadi?' Lalu dia menjawab, 'Ketakutan aku kepada api neraka membuatkan aku terlupa akan api dunia.'

Satu hari ketika Tok Wan sedang melakukan iktikaf dalam sebuah masjid. Tetiba pada hari kedua malam yang bertuah itu datanglah seorang penceramah yang memberikan ceramahnya selepas solat maghrib, dia menceritakan malam Lailatul Qadar. Katanya Lailatul Qadar milik orang-orang yang bertakwa, bukan milik orang-orang mukmin atau orang-orang beriman dan jauh lagi orang-orang Islam. Rupa-rupanya kita ada empat bahagian. 1. Islam, 2. Beriman, 3. Mukmin dan yang ke 4 Takwa. Nampaknya Tok Wan kena bersetuju dengannya.

Dalam ceramahnya ada tips istimewa yang dia sampaikan bagaimana hendak solat khusyuk. Katanya dalam bacaan al Fatehah kita itu kita kena perbetulkan makna ayat dibawah ini,



Makna sebenar ayat itu ialah 'dengan ini aku bersaksi bahawa hanya Dikau yang kami sembah dan hanya kepada Dikau kami akan dikembalikan.' Disinilah duduk kekuatan solat itu sendiri yang seharusnya kita berikan tekanan atau tumpuan yang penuh bagi mendapatkan solat yang kusyuk.
 
Lagi satu ketika kita sujud sebenarnya kita meletakkan anggota-anggota yang paling berharga pada diri kita kepada Allah yakni mata, telinga, mulut, hidung dan otak kita yang semuanya berada dikepala kita kepada Allah s.w.t. kata penceramah tersebut. Bukan menekan dahi saja semasa sujud. Tapi kita meletakkan muka, keseluruhan muka termasuk hidung dan jangan saying hidung yang mancung itu. Tekan hidung dan bukan menekan dahi. Akibat menekan dahi itulah menyebabkan dahi jadi lebam dan nampak  memang lebam sambung penceramah itu. Yang ini pun Tok Wan setuju dengan penceramah tersebut.

Jadi cukuplah setakat ini untuk minggu ini, mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini akan memberi munafa'at kepada pembaca sekelian. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Segala yang baik itu dari Allah dan yang tidak baik itu dari Tok Wan.
.

La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan

CERITA HIKMAH: DUA SAKU YANG BERBEZA


Alkisah, ada seseorang yang sangat menikmati kebahagiaan dan ketenangan di dalam hidupnya. Orang tersebut mempunyai dua beg. Pada saku yang satu terdapat lubang di bawahnya, tapi pada saku yang lainnya tidak terdapat lubang.

Segala sesuatu yang menyakitkan yang pernah didengarnya seperti makian dan sindiran, ditulisnya di sebuah kertas, digulung kecil, kemudian dimasukkannya ke dalam poket yang berlubang.

Tetapi semua yang indah, benar, dan bermanfaat, ditulisnya di sebuah kertas kemudian dimasukkannya ke dalam saku yang tidak ada lubangnya.

Isnin, 20 Julai 2015

Resepi - Simpul Selera Dengan Soto Lemak

Soto Lemak

Sudah ada menu untuk hidangan tetamu yang bakal menziarahi rumah anda pada hari raya nanti? Jika anda masih tercari-cari resepi yang berbeza untuk juadah daripada sebelumnya, Mingguan Wanita ingin kongsikan resepi raya, Soto Lemak yang enak dan sangat mudah. Pasti ramai tetamu yang berselera menjamu selera dengan masakan raya anda tahun ini. Jom, cuba! 

Fakta - Individu pertama menemui penisilin

 Sir Alexander Fleming


Ahad, 19 Julai 2015

Jangan Ambil 9 Makanan Ini Kalau Nak Tidur

9 jenis makanan tidak boleh di ambil sebelum tidur

Lazimnya kebiasaan kita mudah mengambil minuman atau makanan ringan sebelum tidur. Namun tanpa kita sedar, keadaan ini sebenarnya memberikan kesan yang buruk ke atas tubuh badan. Berikut adalah senarai makanan yang seharusnya anda elakkan dari mengambil sebelum tidur:

Jangan Mencaci Hujan


Sungguh menakjubkan urusan orang beriman. Semua urusannya baik. Dan yang demikian tidak dapat dirasakan oleh siapapun selain orang beriman. Jika ia memperoleh kebahagiaan, maka ia bersyukur. Bersyukur itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa mudharat, maka ia bersabar. Dan bersabar itu baik baginya. (HR.Muslim)

Saat ini, hampir seluruh wilayah di Indonesia dilanda hujan. Bahkan, sejumlah daerah sudah mengalami banjir. Bahkan mediapun dibanjiri berita banjir yang terjadi dikota-kota besar.

Kejadian hujan dan banjir oleh sebahagian rakyat dianggap sebagai musibah atau bencana bukan dianggap sebagai rahmat. Anggapan seperti ini adalah bentuk negative thinking dalam menyikapi fenomena alam. Padahal, sebagai umat yang berfikir maju ke depan seharusnya hujan dan banjir disikapi dengan positive thinking, sehingga semua akan dapat diselesaikan dengan baik dan merancang.

Resepi -Kerabu petai jeruk / segar

Pic dekat

Tiba2 ada membe yang post gambar petai. Lama aku tak makan petai. Sejak musim petai dibelakang rumah berbuah telah berlalu. Teringat2 sambal tumis petai. Sambal tumis cili api petai. Sambal ikan bilis/udang petai, semua tu faberet aku.

Kebetulan petai jeruk banyak lagi dalam peti ais. Itu aku jeruk banyak2 semasa  petai bergayutan beberapa bulan lalu. Jadilah seperti gambar diatas.


Saat Jiwa Seorang Pemuka Hindu Tersentuh Hidayah

Pemuka Hindu Masuk IslamDETIKISLAM.COM - Bulan Ramadhan adalah momen reformasi mental setiap Muslim, dari mental jahili, menuju mental tauhidi. Menuju pembaruan tersebut, kita memerlukan motivasi iman. Karenanya, berikut Arrahmah kutipan kisah metamorfosis seorang pendeta Hindu yang disampaikan FP lembaga dakwah Convert to Islam, pada Selasa (14/7/2015). Mudah-mudahan dapat menjadi penggugah iman bagi kita semua. Bismillah.
Saat hidayah Allah SWT menyentuh jiwa praktisi Hindu, Girish KS Udupa, dunia yang dogmatis kini dipandangnya berubah menjadi medan menyempurnakan pemikiran. Ia pun beralih menjadi Muslim dan mengganti namanya menjadi Muhammad Ishaq, yang kini mengabdikan waktunya memberikan dakwah untuk non-Muslim.

Muhammad Ishaq, seorang berkasta Hindu tinggi, menceritakan kisahnya kepada Convert to Islam tentang peralihan jalan hidupnya menuju Islam.

Khamis, 16 Julai 2015

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul…. Ramai yang Selalu Tersilap!

automatic-transmission
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR “P” DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.


Antara tanda-tanda Allah CINTA atau BENCI kepada hambaNya on

 
Tanda-tanda Allah cinta pada hambaNya
Allah Ta’ala berfirman mafhumnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad), jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang,” [Surah Aali-lmran : 31]

Apa lagi yang lebih berharga dan lebih penting dari mendapat CINTA dari Allah S.w.t Pencipta sekalian makhluk.  Jika sudah mendapat cinta Allah, maka insyaAllah akan berbahagialah hidup di dunia dan juga di akhirat.
Di antara tanda-tanda Allah cinta pada hambaNya;
 

Tips Hafal A-Quran Dari Ibu Bapa Kepada Tiga Hafizh Termuda Di Dunia


Salah satu keluhan ramai orang yang berusaha menghafal Al Qur'an adalah mudah lupa. Malam hari hafal, besuk siangnya sudah lupa. Hari ini hafal, pekan depan lupa. Bagaimana agar tidak lupa hafalan Al Quran, berikut ini tips dari Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun'im el Ghayyar, ibu bapa dari 3 hafizh termuda di dunia:
 

Doa

doa

Setiap Muslim mempunyai ‘senjata’ yang sangat ampuh iaitu doa. Setiap doa pasti akan didengari oleh-NYA dan pasti akan termakbul tepat pada waktunya mengikut ketentuan-NYA.

Namun begitu, sejauh mana kemustajaban sesebuah doa tersebut hanya Allah yang Maha Mengetahui dan layak memakbulkannya. Setiap usahawan Muslim mestilah menjadikan doa sebagai senjata untuk memastikan kejayaan dan sentiasa iringi keberkatan-NYA.

Pun begitu, cuba kita tanya pada diri kita sendiri:
Adakah kita bersungguh-sungguh ketika berdoa dan adakah kita yakin sepenuhnya dengan doa tersebut?


Selasa, 14 Julai 2015

Kenapa mengandung anak luar nikah lebih senang bersalin?

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa perjalanan wanita yang mengandungkan anak luar nikah lebih mudah jika dibandingkan dengan wanita yang telah berkahwin. Jika diperhatikan, sepanjang di dalam tempoh kehamilan, tidak ramai orang yang akan perasan perubahan fizikal wanita yang belum berkahwin jika dibandingkan dengan yang telah berkahwin sehinggalah semasa proses bersalin di mana. Rata-ratanya wanita yang belum berkahwin ini dapat bersalin dengan mudahnya di mana-mana lokasi tanpa bantuan sesiapa. Pelik kan?

Nak tahu kenapa? Jawapan daripada seorang Ustaz ini ternyata dapat menjawab persoalan ini.
Kenapa mengandung anak luar nikah lebih senang bersalin?
Kenapa mengandung anak luar nikah lebih senang bersalin?

Filem-filem paling mahal pernah diterbitkan


Di Malaysia kos pembikinan sesebuah filem boleh dikatakan tidak tinggi kerana kebanyakkan filem tempatan selalunya menelan kos sekitar RM1.5 juta sahaja.

Terdapat juga beberapa filem yang menelan belanja besar seperti termasuk "KL Gangster 2" yang menelan belanja lebih RM4 juta dan juga filem animasi terbaru terbitan KRU Studios yang dijangka menelan belanja sebanyak RM15 juta.

Tetapi jika kita nak bandingkan kos pembikinan filem di Malaysia hanyalah sekitar 1 hingga 10 peratus daripada kos pembikinan filem di Hollywood.


Wasiat Rasulullah kepada anaknya Fatimah Az-Zahra

1). Ya, Fatimah kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum melebur keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2). Ya, Fatimah kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.

3). Ya, Fatimah. Tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah menetapkan pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

Kecerdasan yang dibimbing Allah


Selepas seorang pemimpin berupaya menjadi orang yang shidiq dan amanah, selanjutnya ia harus mempunyai kecerdasan, yang dengan kecerdasannya itu ia boleh meletakkan sesuatu dengan sangat tepat di jalan yang disukai Allah SWT.

Pemimpin yang soleh dan jujur ​​memang sangat diperlukan, tetapi tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan kecerdasan. Rasulullah SAW adalah orang yang fathonah iaitu orang yang sangat bijak, boleh berfikir dengan jernih, cepat, berkesan, cekap, tepat, dan kreatif. Paling tidak ada empat perkara yang harus dimiliki pemimpin masa depan.
 

Jumaat, 10 Julai 2015

Resepi -Kuih 'Legend' Ini Patut Dibuat Sendiri


3 Kuih 'Legend' Ini Patut Dibuat Sendiri

Kuih-muih tradisional cukup digemari dan menjadi pilihan walau di bulan Ramadhan. Resipi turun temurun ini menjanjikan keunikan rasanya yang tersendiri dengan bahan yang mudah untuk diperolehi. Jom cuba salah satu menu ini hari ini...


Menantu Mahu Katakan 6 Perkara Ini Kepada Mentua


Menantu Mahu Sangat Katakan 6 Perkara Ini Pada Mentua

Mahu rapat dengan mentua tetapi kebanyakan menantu 'tidak ngam'. Agaknya walau di wajah tersenyum manis, dalam hati masih ada duri yang tersusuk, siapa tahu?
 
Menantu perempuan selalunya sangat susah untuk ungkapkan pandangan walau hati tidak setuju tentang sesuatu yang dilakukan mentua. Takut dan rasa hormat seringkali dijadikan alasan yang akhirnya akan mempengaruhi suasana di dalam keluarga tersebut. 
  
Kalau mampu meluah, pasti kata-kata ini selalu akan muncul dalam kepala seorang menantu...
 
 

Petua Ceria Oleh Dr Fadzilah Kamsah

Selalunya pagi-pagi kita akan rasa badan kita lemah dan tidak bermotivasi. Terutama bila bulan Ramadhan. Sebab kita tidak boleh bersarapan. Petua ini turut boleh dilakukan di bulan Ramadhan. Tidak salah pun kan.

Di sini penulis ingin kongsikan petua-petua tersebut. Mungkin kita boleh praktis untuk aktiviti harian kita.

petua ceria 

Rawat Hati Yang Keras

Sudahkah anda berselawat kepada baginda Nabi SAW? Belum? Jom sama-sama kita sebut Baginda Shallallaahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam.

Jika saudara sedang tercari-cari buku untuk dibaca saya recomendkan buku ini “AMALAN DIJAMIN KE SYURGA oleh RASULULLAH”. Buku ini disusun oleh Hj. Ahmad Haris Suhaimi.

JALAN KE SYURGA 
Penyampaiannya sangat menarik dan mudah difahami. Lebih menarik lagi buku ini mengumpulkan amalan-amalan yang dijamin syurga oleh Nabi Shallallaahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Setiap yang dibincang disertakan rujukan hadis-hadisnya bagi menyenangkan pembaca.

Di mana zakat fitrah perlu dibayar ?


Antara ulama Mazhab Syafie yang menyentuh tentang 'di mana zakat fitrah perlu dibayar', ialah Imam Asy-Syirazi dan Imam Nawawi r.a. Masing-masing dalam kitab al-Muhazzab dan kitab al-Majmuk.

Dalam al-Majmuk, Imam Nawawi r.a menyatakan :

إذا كان في وقت وجوب زكاة الفطر...في بلد ومالُه في آخر فأيّهما يُعتبر؟ فيه وجهان : (أحدهما) بلد المال كزكاة المال (وأصحهما) بلد ربِّ المال. ممّنْ صحّحه المصنّف في التنبيه والجرجاني في التحرير والغزالي والبغوى والرافعي وآخرون.

Terjemahan : Jika seseorang itu-sewaktu zakat fitrah wajib [ke atasnya]-[berada] di [sebuah] negeri, manakala hartanya [berada] di [negeri] lain, maka [negeri] mana satukah yang diambil kira [ketika membayar zakat fitrah]?
 

Khamis, 9 Julai 2015

Perkara Yang Membawa Kepada Kemuliaan

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat dikongsukan sedikit perkongsian ilmu yang menyentuh tentang lima perkara yang boleh menjadikan manusia itu beroleh kemuliaan disisi Allah SWT, satu kemuliaan  yang kita dambakan melebihi kemuliaan disisi manusia. Kemuliaan disisi manusia tidak kekal malah bermusim iaitu bila berharta, berpangkat besar, ada title Dr Prof Tan Sri, Dato' dan sebagainya. Malah ada tempat khusus disediakan didalam satu majlis, diberi keutamaan dan layanan istimewa. Kemuliaan disisi Allah SWT bukan terletak pada semua itu malah seorang penyapu sampah lebih mulia sisi Allah SWT jika dia bersih hati, beriman, bertakwa pada Allah SWT dan menjaga hak-hak Allah SWT dalam kehidupannya, mulia bila mengambil Islam dalam kehidupan!
 
 

Perkara Tercela Akibat Terlalu Banyak Makan

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya:

“Apakah benda yang bergantungan itu?”

Jawab iblis: “Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia.”

Nabi Yahya kemudian bertanya: “Apakah yang ada pada syahwat itu?”

Jawab iblis: “Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir.”

Nabi Yahya terus menjawab: “Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang.”


Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015
Jom dapatkan koleksi ucapan hari raya ini!

Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda koleksi ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015″ kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambuat syawal nanti.

Sebab Kenapa Orang Yang Suka Ketawa Lebih Sihat Dan Bahagia

Pernah dengar ke orang tengah sedih ketawa? Macam pelik saja kan. Orang yang ketawa selalunya mereka yang gembira dengan hidup mereka dan suka berfikiran positif. Lagi seronok bila kita lepak dengan orang yang suka ketawa kan? Pernah tak anda gelak hanya dengan mendengar kawan anda ketawa?
Jom tengok kenapa orang yang suka ketawa lebih sihat dan bahagia.
#1. Kurangkan stress
Dalam satu kajian yang dibuat Indiana State University, penyelidik mendapati ketawa boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang hidup pesakit kanser dan HIV
 

Rahsia Ulam-Ulaman Untuk Kesihatan

Siapa suka makan ulam-ulaman? Penulis sangat suka. Kerana khasiat yang terdapat dalam ulam-ulaman tersebut. Ada sesetangah individu memang suka dan menjadikan ulam-ulaman sebagai rutin harian. Malahan terdapat juga yang kurang menggemari kerana rasanya yang kelat, pahit dan baunya.

petai
Sebenarnya ulam-ulaman ini terdapat pelbagai khasiat dan juga rahsianya. Ulam-ulaman ini mampu mencegah pelbagai jenis penyakit selain kebaikan lain seperti awet muda, baik untuk kulit dan sebagainya. 
 

Rabu, 8 Julai 2015

Kisah Monica Oemardi Masuk Islam



Monica Oemardi2
 Bulan suci Ramadhan merupakan bulan yang penuh hikmah buat saya. Saat itu, saya memulai hidup baru sebagai seorang muslimah. Ini adalah hidayah Allah pada saya dan saya sangat mensyukurinya. Sekarang, saya semakin mantap dengan pilihan hati nurani saya itu. Saya siap lahir batin. Termasuk menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Saya ingin segera bisa menunaikan ibadah umrah. Insya Allah.
 

Aura Lebaran Resepi Biskut Coklat Badam


Aura Raya Biskut Coklat Badam

Puas mencari resepi biskut paling enak untuk Hari Raya nanti? Bagi penggemar coklat, anda boleh mencuba langkah demi langkah kali ini yang lebih istimewa dengan kerangupan badam dan rasa coklat. 

Si Suami Kongsi Kisah Kahwin Dengan Isteri Yang Tak Pandai Masak & Akhirnya…

13
Kini Trending
Screen Shot 2015-07-06 at 3.21.05 PM
Menarik dan memberikan inspirasi kepada kaum lelaki di luar sana yang kebanyakannya sakan nak memilih si isteri yang super perfect. Antara kriteria yang selalu dikehendaki ialah mesti pandai masak.

Namun, menerusi kisah yang dikongsi oleh Mohd Yazid di laman blognya ini, berkahwin awal dengan wanita yang tidak tahu memasak bukanlah masalah yang besar dalam kehidupannya.


Gandaan Pahala

Gambar sekedar hiasan saja.

Seperti yang kita semua telah tahu bahawa Allah ta'ala gandakan pahala dari perbuatan amal ibadah kita pada bulan Ramadhan. Walaupun semua antara kita telah tahu namun Tok Wan berkewajipan untuk memberitahu lagi tentang gandaan pahala pada bulan Ramadhan itu, sebab perkara ini sangat istimewa. Istimewa untuk kita ketahui dan amalkan serta istimewa untuk kita selalu ulang-ulangkan. Maklum saja apabila sesuatu perkara itu diulang-ulang samada ulang cakap atau baca atau tulis maka perkara itu lebih mudah meresap masuk kesanubari dan hati. Jadi ringkas cerita takderlah perkara-perkara yang lara yang dapat peluang untuk masuk dalam diri kita.

Kisahnya begini;
 
 

Selasa, 7 Julai 2015

Perangai Propa Orang Kita Bila Dah Habis Puasa

1
Gaya Hidup
kad-raya-1
Biasanya musim-musim hujung bulan puasa ni, mesti ramai yang sedang sibuk menyediakan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Maklumlah hari raya ni kan setahun sekali je, kenalah berpulun untuk raikan hari kemenangan bagi umat islam.

Tapi, korang sebenarnya sedar tak apa tujuan utama bulan Syawal yang sebenanya? Mungkin soalan kami agak klise, tapi ia memang dah jadi fakta dimana orang akan lebih kearah kemeriahan hari tersebut berbanding dengan makna bulan Syawal tu.

Jadi, kami akan kongsikan disini beberapa perangai propa orang-orang kita bila Ramadhan berakhir. Janganlah ambil serius sangat, ini sekadar suka-suka je.


Adam Corie Berkongsi Pengalaman Pertama Kali Melamar Bidadari Pada Bulan Ramadan


Adam Corie
Saya kembali fitrah (memeluk Islam) pada 13 Julai 2007. Saya kembali kepada fitrah ketika itu belum ada girlfirend / buah hati. Allah ketemukan saya dengan bidadari saya selepas pulang dari umrah pertama saya dalam bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan.
Ramadhan penuh dengan keberkatan. Saya masih ingat kisah 8tahun yang lepas.
 
Saya pertama kali jumpa Bidadari saya pd malam 1 Ramadhan di rumah kakaknya.
 

TIPS - Perkara Yang Perlu Dijangka Bila Beraya Dengan Bayi

perkara
Seronoknya nak sambut raya dengan ‘baby’ buat pertama kali! Tentu itu yang bermain di fikiran kebanyakan pasangan yang baharu bergelar ibu bapa. Segala persiapan dibuat secukupnya untuk si kecil yang pertama kali hendak menyambut Aidil Fitri.

Sebelum anda teruja membuat persiapan pakaian bayi, semak juga apa perkara yang bakal berlaku apabila beraya dengan bayi di sisi. Mungkin sebelum mempunyai anak anda tidak terfikir akan hal tersebut.



Resepi -Ketam Tumis Tomyam yang mengancam sedapnya...


Sebenarnya, malam tadi Cik Wan masak dua jenis resepi, satu rebus serai dan satu lagi tomyam tumis. Mr A lebih sukakan yang rebus tapi Cik Wan teringin nak makan yang lebih menarik, begitu juga si Alis, jadi separuh lagi Cik Wan masak tumis tomyam ni. Jom tengok bahan-bahanya.
 

FAKTA MENARIK

Semut
Haiwan paling banyak di muka bumi ini adalah semut. Dianggarkan nisbahnya adalah satu juta ekor semut bagi setiap orang!

Anai-anai 
Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan tiga puluh ribu (30 000) telur setiap hari.

  

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri ::



Petua ini diajarkan oleh Dato Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda,menawan dan berseri..Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja,asalkan kita istiqamah mengamalkannya..
 
 
 

Seperti Ini Tanda Jika Seseorang Mendapatkan Lailatul Qadar

night
Apa ada tanda seseorang telah mendapatkan malam lailatul qadar? Bagaimana ia bisa tahu kalau ia mendapatkan malam Lailatul Qadar?

Carilah Malam Lailatul Qadar

Kita diperintahkan untuk mencari lailatul qadar. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

Sunah Setelah Bangun Tidur


Islam adalah agama yang indah, setiap aspek kehidupan telah diatur ataupun sudah dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Salah satu yang akan kita bahas di sini adalah sunah-sunah Rasulullah SAW setelah bangun tidur. Berikut ini sunah-sunah Rasulullah SAW setelah bangun tidur ;
 

Isnin, 6 Julai 2015

Inilah Jambatan Paling Mengerikan Dan Merbahaya

Jambatan gantung yang merentasi gunung dan sungai di Utara Pakistan. Jambatan Gantung Hussaini, yang menyeberangi Borit Lake di Upper Hunza.

Jambatan tali ini adalah kedua terpanjang dan tidak pernah diselenggarakan. Banyak papan yang hilang, dan angin kencang menggoncang jambatan apabila anda merentasinya. Bagi sesetengah orang pasti akan menyebabkan terasa kejang urat saraf ketika melintasinya. Bersebelahan jambatan ini yang dulunya di gunakan, sebelum ianya pecah berkeping-keping tergantung bersebelahan dengan yang "baru".


Khasiat Dan Kelebihan Buah Tembikai


Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Tembikai merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.

Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...