Isnin, 7 November 2011

GILALAH!. UMUR 17 TAHUN DAH AMBIK PhD DI OXFORD!

HONG KONG – Universiti Oxford menerima permohonan seorang remaja Hong Kong berumur 17 tahun untuk memasuki program doktor falsafah (PhD) jurusan matematik sekali gus menjadikannya sebagai pelajar paling muda.


Akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa remaja itu, Horatio Boedihardjo pernah belajar di Oxford ketika berumur 14 tahun.
Pada kebiasaannya, para pelajar peringkat PhD di Oxford berumur empat hingga lima tahun lebih tua daripada Horatio.
Pada September lalu, adik Horatio iaitu March menjadi pelajar termuda di Hong Kong untuk memasuki universiti pada umur sembilan tahun.
“Saya percaya semua ini merupakan satu permulaan, untuk mengubah nasib baik ini untuk menjadi kejayaan pada masa depan,” kata Horatio.
Menurut akhbar itu, dia mahu mencontohi kejayaan pengasas laman web Facebook, Mark Zuckerberg dan Microsoft, Bill Gates.
March mendapat perhatian antarabangsa apabila memulakan pengajian matematik di Universiti Baptist Hong Kong tetapi dia mendakwa sudah bosan kerana kelasnya terlalu mudah.   DUNIAJUNKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...