Jumaat, 11 November 2011

Panduan Menulis Blog: Saiz Gambar Yang Sesuai Dalam Entri


As-Salam.
Gambar mempunyai tarikan tersendiri buat sesebuah blog. Kebanyakkan blog yang popular, yang punyai ramai followers dan mempunyai ranking yang baik adalah blog-blog yang menyertakan gambar dalam entri2nya.

Namun, masalah akan dihadapi buat pengunjung blog jika gambar yang ada itu saiznya terlalu besar. Ini akan mengakibatkan blog lambat load, dan berkemungkinan menyebabkan anda kehilangan pembaca dari kunjungan tadi.

Jadi, apakah saiz gambar paling sesuai untuk dimasukkan dalam entri blog anda? 


Saiz maksimum yang saya sarankan ialah 500px lebar. Dan seandainya gambar banyak, boleh gunakan saiz 300-350px lebar. Saiz ini boleh diterima dan mestilah dalam format *.jpg yang mampat.

Anda digalakkan resize gambar untuk posting, agar ruang storan untuk gambar dalam blogspot dapat dimanfaatkan sebaiknya. Apabila ruang ini dah sesak dan nak hampir habis, nanti anda terpaksa delete gambar-gambar yang ada atau melakukan hosting di laman web hosting yang lain.

Dalam blogspot, diberikan pembolehubah untuk memaparkan gambar menggunakan efek lightbox, jadi anda boleh ambil manfaat dengan paparan gambar yang bersaiz kecil (walaupun saiz sebenar gambar itu sangat besar semasa anda upload), bagi dimuatkan dalam entri. Namun, cara ini hanyalah untuk memaparkan gambar dalam bentuk thumbnail sebelum boleh dilihat secara lightbox. Saya tidak galakkan anda lakukan cara ini.

Moga panduan ini membantu. Blog anda akan lebih mudah untuk diakses dan tidak jejaskan terlalu teruk masa loading blog anda.

*p.s: Tetapi kalau blog anda merupakan blog fotografi, lebih besar dan lebih jelas adalah yang terbaik, namun, cuba buat dalam bentuk thumbnail bagi memudahkan pengunjung melihat gambar yang mereka suka.
hasrulhassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...