Rabu, 9 November 2011

RAHSIA KENAPA ORANG TIDAK WARAS SELALU SIHAT

Perkara ini jarang difikirkan oleh kita semua... namun itulah hakikatnya kenapa orang tidak waras (gila) selalu sihat. Untuk itu moh kita berfikir dan mencari jawapanya. Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit dan mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut.

Yang pertama
Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng, dah ada sorang nak tambah sorang lagi hehehe... dan masih banyak contoh yang lainya.

Yang kedua
Orang gila itu selalu qona'ah atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam - macam. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak ke kereta pulak, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.

Yang ketiga
Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum... ya dok? ... hehehe. Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Sememang dia nampak ceria sentiasa dan selalu gembira dan tersenyum.

Moralnya yang boleh kita pelajari dan boleh kita ambil perhatian agar kita selalu sihat jadilah "Orang Gila" hehehe... .. tapi jangan berfikir negative dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu. Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah - mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat.

Panjang angan-angan dan banyak sangat pilihan... boleh membuat kita tidak berapa sihat jika sekiranya tanpa usaha . akuanakpahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...