Jumaat, 2 Disember 2011

7 Cara Kenal Madu Asli atau Madu Tiruan..

Lambakan pelbagai produk berasaskan madu di pasaran pasti membuatkan korang sebagai penggemar madu iaitu makan sunnah Rasulullah nie sukar untuk membuat pilihan sama ada madu itu asli atau hanya campuran gula. Di bawah ni ada 7 tip untuk kenal sama ada madu tu asli atau tidak, korang boleh praktikkan.

  • Permukaan madu asli mempunyai buih-buih halus.
  • Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu asli akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
  • Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia adalah madu asli.
  • Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais. Tak percaya cubalah...
  • Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
  • Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.

P/s: Madu memang sedap, tapi kalau nak bermadu baik berterus terang, he3...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...