Selasa, 20 Disember 2011

CiNTa ALLaH DaN RaSuL..

Sama-sama kita periksa hati ye....


Ketika suami hendak pergi ke masjid..
Isteri :Abang, abang solat la kat rumah.. Solat jemaah sama-sama ye...
Suami: Ok..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai isteri melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)


Ketika suami hendak keluar jemaah..
Isteri : Abang, abang tak payah la keluar jemaah.. Kita gi bercuti makan angin nak tak?
Suami: Ok..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai isteri melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)


Ketika merancang untuk mengerjakan umrah..
Isteri : Abang, kita tukar rancangan la.. Umrah kita pergi lain kali.. Apa kata kita pergi Bandung kali ni..
Suami: Ok..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai isteri melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)


Ketika azan berkumandang..
Isteri : Abang, dah masuk waktu solat dah.. Abang tak pergi solat kat masjid ke?
Suami: Jap, jap.. Nak update blog jap..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai blog melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)


Katakanlah: "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah ayat 24) 

Saidina Umar Al-Khattab r.a diriwayatkan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.

Kata-kata Umar ra ini disambut oleh Rasulullah saw dengan tegas: “Tiada sesiapa pun yang benar-benar menjadi mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.

Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. 
Lalu Rasulullah saw bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam bish shawab

fuadansari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...