Jumaat, 15 Mac 2013

Jenis Pesawat Tempur Malaysia.

back to the pesawat's story, mungkin masih ramai yang belum tau apakah jenis-jenis pesawat tempur yang negara terchenta kiter ini miliki. Takper takper, slow-slow kita terjah yek! Bukan masuk exam pun! Tapi, ini bagus untuk pendedahan ilmu korang....kan kan kan! Jom kiter tempur!~


Jenis Pesawat Pejuang
 
 


 

  1. Sukhoi SU-30MKM

Sukhoi Su-30MKM
  • merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.
  • Malaysia mempunyai 18 buah pesawat Sukhoi tetapi hanya 2 biji saja yang boleh digunakan.

    2.  MiG-29 Fulcrum


MiG-29

  •  (Bahasa RusiaМикоян МиГ-29) adalah sebuah pesawat pejuang generasi ke-4 yang direka sebagai sebuah pesawat untuk peranan penguasaan udara dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Dibangunkan pada tahun 1970-an oleh Biro Rekabentuk Mikoyan , pesawat ini kemudian memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet pada tahun 1983, dan masih digunakan oleh Tentera Udara Rusia dan negara-negara lain sehingga sekarang. Nama pengenalan NATO bagi MiG-29 adalah "Fulcrum", yang mana secara tidak rasmi turut digunakan oleh juruterbang Soviet. Pesawat ini pada asasnya dibina bagi menentang ancaman pesawat pejuang baru A.S seperti F-16 Fighting Falcon dan F/A-18 Hornet.
  • Malaysia mempunyai 14 buah pesawat ini yang beroperasi.

   3. MiG-29NUB


MiG-29NUB
  • Versi dua tempat duduk (double seat) ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seperti misil dan meriam.

    4. F/A-18D Hornet


F/A-18D Hornet

  • F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden, sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara. Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain. Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring, pertahanan udara angkatan lautSEAD, menguatkuasakan larangan udarasokongan udara dekat dan pengawasan. Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat, namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya.
  • Malaysia mempunyai 8 buah pesawat F/A 18, seriously bunyi pesawat ini LEBIH BINGIT & MENYAKITKAN TELINGA  sehingga boleh bergegar pintu rumah! (kalau duduk sebelah pangkalan)

    5. HAWK-208


HAWK - 208
  • Hawk merupakan sebuah pesawat latihan lanjut yang dibangunkan oleh Britain pada tahun 1974. Pada mulanya pesawat ini dikenali sebagai Hawker Siddeley Hawk. Pesawat ini digunkan oleh Tentera Udara Diraja British dan negara-negara lain sebagai sebuah pesawat latihan atau pesawat serangan ringan berkos rendah. Pesawat Hawk ini masih dikeluarkan sehingga ke hari ini dengan lebih 900 buah pesawat Hawk telah dijual kepada 18 buah negara di seluruh dunia.
  • Malaysia mempunyai 16 buah pesawat yang beroperasi.

   6. Northrop F-5

F-5E Tiger

  • adalah sebuah pesawat pejuang kos rendah yang sesuai digunakan oleh pasukan tentera udara kecil-kecilan untuk cuba untuk mengendalikan pesawat pejuang supersonik. Pesawat ini mula dibina oleh syarikat Northrop dalam tahun 1962.

    7. HAWK-108

HAWK-108

  • Pada awal tahun 1990an, Malaysia telah membeli 10 Hawk 108 dari Britain sebagai sebahagian daripada pakej senjata.
  • Hawk 108 adalah pesawat tempur jet pantas . Selain dari avionik kokpit standard, Hawk 108 juga datang dengan unit FLIR, yang unik di kalangan pelatih. Ini membolehkan ia untuk melancarkan tembakan air-to-ground dalam semua jenis keadaan cuaca. Selain daripada itu, ia juga boleh dilengkapi dengan 4 AIM-9 Sidewinders dan tangki drop untuk berfungsi sebagai titik pertahanan.
  • Malaysia mempunyai 6 buah pesawat yang beroperasi. Selain itu, ia merupakan pesawat single-seat yang dilengkapi radar APG-66H yang boleh mengesan dalam jarak spektrum yang luas bagi misi pertahanan udara.

    8. Aermacchi MB-339


Aermacchi MB-339AM

  •  merupakan sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat MB-326.
  • Pesawat ini memiliki sayap rendah dan lurus dengan tangki-tangki di hujungnya dan saluran masuk udara di pangkal, tiga roda gear pendaratan. Kedudukan pelatih dan pengajar diatur dalam kedudukan selari. Perubahan ketara adalah kedudukan fiuslaj hadapan bagi kerusi pengajar ditinggikan bagi mendapatkan kadar penglihatan yang lebih baik yang mana melepasi kepala pelatih.
  • Malaysia memiliki 10 buah pesawat yang beroperasi.

   9. F5-E Tiger II

F-5E Tiger II

  • dilengkapi dengan cahaya, pesawat pejuang ini mempunyai satu tempat duduk. Ia berjaya menembusi pasaran di  beberapa negara-negara Asia, Timur Tengah dan Eropah.
  • juga dikenali sebagai pesawat pejuang ringan yang dilengkapi misil. Malaysia mempunyai 10 pesawat yang beroperasi.


    10. Aermacchi MB-339CD

Aermacchi MB-339CD

  • MB-339CD menggantikan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalangan. Malaysia mempunyai 8 buah pesawat yang beroperasi.
 http://rusukiri.blogspot.com/

7 ulasan:

  1. pesawat-pesawat pejuang Malaysia sangat bagus

    BalasPadam
  2. Malaysia memiliki pesawat-pesawat pejuang yang canggih, komentar juga dong ke blog saya www.goocap.com

    BalasPadam
  3. Knp hanya dua sahaje Sukhoi Su-30MKM yg boleh digunakan.

    BalasPadam
  4. Agak2la 2 biji bro...mig mgkinla..sukhoi suma boley beroperasi...tny geng2 tudm sblom salurkn mklumat dlm blog...harap buat pmbetulan...

    BalasPadam
  5. admin bangang apa..?kalau tak tahu perkembangan military malaysia tak usah buat blog,dasar anak haram.

    BalasPadam
  6. Pesawat tempur Malaysia lebih canggih dari punya Indonesia

    BalasPadam
  7. Selamat sejahtera tuan/puan. Nama saya Wati, editor untuk buku teks yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya ingin memohon kebenaran untuk menggunakan satu foto ‘Jet Pejuang’ yang terdapat dalam blog tuan/puan. Foto ini adalah untuk tujuan pendidikan semata-mata..
    Sila hubungi saya di emel watiaddin@gmail.com agar saya dapat membuat permohonan secara rasmi. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...