Isnin, 19 Disember 2011

Kenali Kuih Tradisional Negeri Kedah -BUNGA PUDAK

 Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan timur mungkin tak pandai nak buat kuih ni...kuih ni kita boleh dapati dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.

RESEPI 
.Nampak gaya macam mudah, tapi kuih orang dulu2 selalunya memerlukn teknik kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasilnya.

inti
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau

kulit
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 cawan garam halus

1. campurkan semua bahan untuk inti.goreng dgn api sederhana, kacau hingga kering.
2. gaul semua bahan untuk kulit. biar 1/2 jam
3. sediakan kuali sederhana panas.ambil 1 camca adunan tepung masuk dlm penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. ayak rata dalam bentuk bulat
4. masuk inti ditengahnya. lipat empat segi.
5. panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.

adie1408.

5 ulasan:

  1. tak perlu secawan garam halus,......

    BalasPadam
  2. Salam. . kalau saya nak ambil tempahan Kuih bunga pudak ni,, awak sanggup buatkan tak ?

    BalasPadam
  3. Salam. . kalau saya nak ambil tempahan Kuih bunga pudak ni,, awak sanggup buatkan tak ?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...