Jumaat, 2 Disember 2011

RAHSIA SIHAT DARI DAPUR




Tahukah kamu di sebalik rempah ratus  terkandung pelbagai manfaat untuk kesihatan?? Majoriti dikalangan masyarkat kita tak tahu tentang manfaat rempah ratus… Ia bukan sahaja menjadikan setiap masakan lebih enak, tetapi ada antaranya yang MEMILIKI KHASIAT untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit.

MADU

Madu lebih manis berbanding gula, namun MADU MEMPUNYAI 1001 KHASIAT UNTUK KESIHATAN berbanding gula kerana…
Sembelit-Gula yang terkandung di dalam SATU SUDU MADU berfungsi SEBAGAI BAHAN SEMULA JADI UNTUK MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN.

Luka akibat benda tajam-KANDUNGAN GULA yang tinggi di dalam madu membantu MENYEMBUHKAN LUKA, MEMBUATKAN BAKTERIA SUKAR UNTUK TERUS HIDUP DAN MEMBIAK. Beberapa doktor juga percaya bahawa dengan menyapukan madu pada luka, ia akan MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN.

Sakit perut-Madu ternyata boleh MEMBANTU MENGURANGKAN DERITA SAKIT PERUT. NAMUN HARUS DIINGAT! Jangan sesekali kamu memberi madu kepada kanak-kanak yang berumur bawah setahun tanpa meminta nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


BAWANG PUTIH
Rempah beraroma tajam ini merupakan antibiotik semula jadi yang baik untuk tubuh. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya:

Kaki berbau-SAPUKAN KAKI DENGAN BAWANG PUTIH MENTAH, kemudian sarungkan kaki dengan stoking dan biarkan semalaman. Lakukan kaedah ini sehingga kaki kamu tidak lagi berbau.

Kolestrol tinggi-MAKAN SATU ATAU DUA ULAS BAWANG PUTIH UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KOLESTROL DALAM HATI. Namun sekiranya kamu sedang mengambil ubat jenis WARFARIN (sejenis ubat yang mencegah pembekuan darah), dinasihatkan agar tidak mengambil bawang putih terlalu banyak.

TEH


TEH bukan sahaja menjadi penyejuk badan, bahkan mampu membuatkan seseorang itu mempunyai risiko yang rendah di serang SAKIT JANTUNG, STROKE, KANSER dan KEROSAKAN GIGI.

Terbakar matahari-TEH mengandungi pelembap yang boleh mengurangkan kesan radang pada kulit. Cara mudah, letakkan kantung teh celup yang sejuk pada bahagian yang terbakar selama 20 minit UNTUK MEMBANTU MENCEGAH KULIT MELEPUH SERTA MEREDAKAN RASA SAKIT PADA BAHAGIAN TERSEBUT.

Luka-Letakkan kantung teh celup pada bahagian yang luka selama beberapa minit untuk MENGURANGKAN RASA PEDIH PADA LUKA.


PISANG

Kaya dengan serat dan potasium yang BAIK UNTUK JANTUNG. Selain itu, ia juga boleh MEREDAKAN KESAKITAN PADA LUKA. Manfaat pisang sebagai terapi alternatif:

Kekejangan-Hancurkan pisang, kemudian sapukan pada bahagian otot yang kejang. Balut dengan plastik dan biarkan semalaman. (PISANG MEMBANTU MENGENDURKAN OTOT YANG TEGANG).

Mata kering-Makan pisang setiap hari untuk membantu MEREDAKAN KEPEDIHAN AKIBAT MATA KERING. Kandungan potasiumnya membantu MENGENDALIKAN PENGELUARAN CECAIR PADA SEL-SEL TUBUH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...