Resepi buat tepung goreng pisang paling rangup. Jom pelbagaikan lagi hidangannya
.
Goreng pisang memang cukup laris dan popular. Sehingga ada pepatah mengatakan “laku macam pisang goreng panas”. Ia memang disukai ramai. Apa kata, anda pula membuatnya sendiri di rumah. Boleh juga dijadikan juadah berbuka puasa atau hidangan minum petang. Percayalah, anda boleh membuat goreng pisang yang rangup seperti di kedai.
Disini saya ingin berkongsi pengalaman membuat resepi tepung untuk goreng pisang semasa bekerja di hotel dulu. Jangan tak percaya, hotel pun ada pisang goreng. Ia di goreng secara live di stall yang terletak berhampiran dengan buffer. Tanpa membuang masa, jom kita belajar cara membuat tepung pisang goreng yang rangup. Resepi ini berlainan kerana kita akan menggunakan baking powder bukannya air kapur. Namun ia cukup menghasilkan resepi tepung goreng pisang yang rangup.
.
.
Bahan-Bahan Resepi Tepung Pisang Goreng
..
Bahan-Bahannya
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)
Biasanya di rumah, saya tidak pernah menyukatnya. Agak-agak je masukkan. Yang penting bahan-bahannya ada dan batternya pekat. Batter ialah adunan cecair tepung goreng pisang.
Langkah-Langkah Cara Membuat Tepung Goreng Pisang
.Langkah 1: Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
.
.
Langkah 2: Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu. Batter atau bancuhan tepung mesti benar-benar pekat ya.
.
.
Langkah 3: Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Dan kacau menggunakan tangan sehingga sebati. Saya buat agak kuning sedikit sebab akan dicelup dengan roti. Mudah bukan, cara membuat tepung atau batter goreng pisang.
. Celup dan Goreng. Memang Rangup
Seterusnya celup pisang kepok atau pisang tanduk dengan batter tersebut dan goreng dengan minyak yang panas. Anda juga boleh menggunakan batter ini untuk resepi cendawan goreng, resepi cempedak goreng, resepi tempe goreng, resepi keledek goreng dan sebagainya. Resepi ini memang rangup. Caranya sama sahaja, celup dan goreng dengan minyak yang panas.
.
JOM PELBAGAIKAN HIDANGANNYA.
Ape la, asyik goreng pisang je. Tak jemu-jemu ke. Apa kata kita pelbagaikan hidangannya dengan karipap peanut butter goreng pisang. he.he.he pernah dengar? Simple je. Kita akan pelbagaikan batter ini dengan resepi karipap peanut butter dan resepi sosej gulung. Caranya amat mudah dan simple. Kita hanya menggunakan roti sandwich dan batter untuk membuat resepi karipap peanut butter dan resepi sosej gulung. Jom kita mula membuatnya.
.
.
Langkah 1: Kita buat terlebih darhulu resepi karipap peanut buat. Bukan resepi karipap pusing ya. Caranya, masukkan peanut butter ke dalam roti sandwich dan tutup roti sandwich tersebut. Anda juga boleh menggunakan kaya, kari kentang atau sambal ikan bilis.
.
.
Langkah 2: Dengan menggunakan pencetak karipap, tutup dan tekan roti sandwich yang berisi peanut butter tersebut. Kemudian buang bahagian tepi roti sandwich. Jika tiada pencetak karipap, anda boleh buat tiga segi dan tekan bahagian tepi sandwich dengan benda keras. Ok siap.
.
.
Langkah 3: Sekarang kita buat resepi sosej gulung. Ambil sebiji sosej yang telah di potong dua. Kemudian digulung di dalam roti. Dan seterusnya roti tersebut ditekan. Jangan risau, kerana rotinya akan kembang semula apabila digoreng nanti.
.
.
Langkah 4: Roti karipap peanut butter dan roti sosej gulung tersebut perlu dicelup ke dalam batter sebelum digoreng di dalam minyak panas. Celup satu-satu kerana roti tersebut mudah terbuka. Goreng sehingga betul-betul masak dan keras.
.
.
Inilah hasilnya, memang ranggup. Kalau dihidangkan, cepat je habis. Tak caya cubalah buat. he.he.he. Sebenarnya anda boleh mempelbagaikan lagi hidangannya mengikut ilmu masakan anda. Memang seronok menghasilkan sesuatu yang baru hasil daya kreativiti kita.
Namun pastikan anda menggunakan tepung beras dan santan kerana ia menjadikan tepung goreng pisang lebih rangup. Manakala marjerin cair menjadikan tepung goreng pisang rangup tahan lebih lama. Baking powder pula menjadikan batter kembang sedikit apabila digoreng. Seterusnya menjadikan tepung goreng pisang beronga dan lebih ranggup.
Semoga resepi ini menceriakan lagi juadah berbuka puasa atau hidangan minum petang anda. Selamat mencuba
hairul
Tq.. Resepi ini amat bermunafaat. Saya telah mencuba resepi goreng pisang . Cuma saya tukar santan dgn susu HL ok.berjaya .Sungguh rangup.
BalasPadamSaya rasa pembaca yg lain perlu mencuba..