Walachia, Transylvania, Land of Dracula, Romania
Kisah lagenda Dracula yang dihasilkan oleh Bram Stoker diadaptasi dari kisah benar Vlad the Impaler yang juga dikenali sebagai Vlad Dracula/Vlad III. Sejak kecil dia telah menjadi tebusan Turki kerana tekanan politik ke atas bapanya, Vlad II. Setelah menawan semula Walachia, kebencian Vlad masih berterusan terhadap Empayar Turki.
Semasa pemerintahannya, Vlad gemar mengenakan hukuman kejam kepada pesalah walaupun kesalahan yang dilakukan sangat kecil. Dia juga mempunyai tabiat meminum darah manusia terutama musuh-musuhnya. Semasa askar Turki menyerang Walachia, Vlad telah menyula lebih 20,000 askar Turki. Kekejaman yang dilakukan Vlad menyebabkan seluruh kawasan Transylvania seperti disumpah dan pengunjung luar pasti akan merasai ‘cold spot’ ketika berada di sini. Istana Vlad tetap dibuka kepada pelawat tetapi tidak ramai yang sanggup menghabiskan lawatan mereka.
Unit 731 Experimentation Camp, Harbin, Manchuria, China
Dipanggil Auschwitz Asia, ia mempunyai sejarah kekejaman Unit 731 yang telah mengakibatkan kematian 3,000 banduan. Lebih 250,000 penduduk China melalui eksperimen senjata biologi. Antara eksperimen yang dilakukan ke atas banduan ialah dicacatkan tanpa bius untuk mengkaji proses kehilangan darah dan menjadi sasaran bahan letupan dan senjata.
Sebahagian kompleks Unit 731 masih lagi wujud iaitu bangunan eksperimen penyejukan dan kawasan tempat banduan dijadikan sasaran bahan letupan. Aktiviti paranormal telah berlaku sejak kem ini dikosongkan dan kebanyakan berlaku di rumah penyimpanan mayat seperti cahaya hantu, kemunculan lembaga misteri yang merayau-rayau di kawasan penyejukan, suara misteri dan bayangan ganjil muncul dalam gambar yang diambil di situ.
Semasa pengambaran dokumentari oleh BBC, krew pengambaran sering kali mengalami masalah dengan lampu dan bateri mereka. Ramai yang menganggap sejak kisah Unit 731 tersebar, roh mangsa yang terkorban semakin aktif dan inginkan pembelaan sewajarnya.
Ladang Myrtles, Louisiana, Amerika
Kediaman ini dibina oleh Jeneral David Bradford pada 1796. Selepas kematiannya, anak dan menantunya, Clark dan Sara Woodruff, mengambil alih kediaman ini. Pembunuhan dan kematian misteri bermula apabila pembantu rumah mereka, Chloe, cuba membunuh seluruh ahli keluarga ini akibat dendam. Chloe kemudian dibunuh oleh pembantu rumah yang lain kerana tidak mahu mereka dikaitkan dengan pembunuhan itu. Sejak itu, kematian demi kematian berlaku dan kediaman ini kerap kali bertukar tangan.
Rumah ini dikatakan dibina di atas perkuburan kaum India kerana lembaga wanita memakai sari kerap dilihat melayang di tepi tingkap. Piano yang terletak di tingkat atas sering memainkan melodi yang sama dan bunyi pelik kedengaran di sekeliling rumah ini. Bayang dua orang kanak-kanak juga ada kala muncul di dalam cermin dan kisah paling terkenal ialah kemunculan lembaga seakan-akan Chleo dalam gambar yang diambil. Dikatakan roh pembantu rumah ini paling kerap dilihat kerana dia masih berdendam dengan keluarga Woodruff.
Waverly Hills Sanatorium, Kentucky, USA
Hospital ini dibuka pada 1910 sebagai bangunan dua tingkat bagi menempatkan pesakit batuk kering. Tetapi wabak yang merebak menyebabkan bangunan lima tingkat dibina bagi menampung jumlah pesakit yang bertambah. Kematian yang berlaku setiap hari memaksa pihak pengurusan menggunakan satu saluran bagi memindahkan mayat pesakit yang dikenali sebagai ‘The Death Tunnel’. Dikatakan seramai 64,000 pesakit mati di sini.
Hospital yang telah terbiar ini menjadi tumpuan ritual pemujaan syaitan. Antara aktiviti paranormal yang berlaku ialah hantu wanita tua yang berlari-lari di pintu utama sambil meminta pertolongan, budak perempuan tanpa mata, pintu yang dihempas dan kepala tanpa badan yang melayang-layang di bilik 502. Dipercayai juga dua orang jururawat pernah membunuh diri di bilik ini akibat masalah peribadi.
Tower Of London, Britain.
Tower of London yang juga dikenali sebagai White Tower dibina sebagai kubu, istana dan penjara bagi golongan diraja. Terdapat ruang penyeksaan yang menggunakan pelbagai cara seperti ‘Scavenger’s daughter’ dan ‘The Rack’. Selain golongan atasan, penentang agama, aktivis politik dan penentang golongan yang lebih berkuasa juga menjadi tahanan dan diseksa di sini.
Dengan pelbagai penyeksaan, kematian dan ketidakadilan yang telah berlaku, menara ini terus dianggap berhantu oleh rakyat Britain. Roh yang tidak aman, jeritan ketakutan, kesakitan dan bayangan golongan diraja yang dihukum mati sering dilihat dan didengar di sini. Bayangan yang kerap dilihat ialah Ann Boleyn, permaisuri King Henry VIII. Dikatakan rohnya tidak tenang kerana dia dihukum akibat difitnah.
Sila pastikan tingkap bilik anda tertutup sekarang. Kalau tak pergi jenguk apa ada disebalik langsir. Takut tak?
simfonikasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan