Kulit,
yang menutupi seluruh tubuh manusia penuh dengan sifat yang
menakjubkan. Kulit mampu memperbaiki dan mengemas kini diri, air tidak
dapat menembusnya, meskipun banyak pori-pori kecil di permukaannya,
padahal ia berfungsi membuang air melalui proses perspirasi.
Strukturnya
yang luar biasa lentur, membolehkan berlaku gerakan, padahal ia cukup
tebal sehingga tidak mudah koyak. Kulit mampu melindungi tubuh dari
panas, sejuk, dan sinar matahari yang merugikan. Kesemuanya itu hanyalah
sedikit sifat kulit yang khusus diciptakan untuk manusia.
Di
sini, kita berhadapan dengan sifat khusus dari kertas pembungkus ajaib
ini: kemampuannya untuk melindungi tubuh dari mikroorganisme penyebab
penyakit. Jika tubuh dianggap sebagai istana yang dikepung musuh, kita
boleh menyebut kulit sebagai dinding istana yang kuat.
Monster Miskroskopis
"Tungau
debu" (gambar atas) hanyalah satu daripada berjuta-juta organisma yang
hidup bersama manusia tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Larva parasit yang sedang memasuki kulit manusia (gambar kiri).
Organisma ini berusaha mencapai pembuluh darah melalui kulit, dan
bermastautin di pembuluh ini untuk memperbanyak diri. Ia menggunakan
taktik luar biasa agar terlepas dari pasukan pertahanan tubuh, seperti
menyamarkan diri dengan bahan-bahan yang dirobeknya dari sel tuan rumah.
Fungsi
perlindungan utama kulit diwujudkan melalui lapisan sel mati yang
merupakan bagian terluar dari kulit. Setiap sel baru yang dihasilkan
oleh pembelahan sel bergerak dari bahagian dalam kulit menuju ke
permukaan luar. Sambil melakukan ini, unsur cair (sitoplasma) di dalam
sel berubah menjadi protein kuat yang disebut keratin. Semasa proses
ini, sel itu mati.
Keratin
yang baru terbentuk ini mempunyai struktur yang sangat keras dan kerana
itu tidak dapat didekomposisi oleh enzim pencernaan. Dengan demikian,
penyerang seperti bakteria dan kulat tidak akan boleh mendapatkan
sesuatu untuk diambil dari lapisan luar kulit.
Lebih
dari itu, sel mati yang mengandungi keratin itu selalu gugur dari
permukaan kulit. Sel-sel baru yang berasal dari bawah untuk menggantikan
sel yang sudah usang membentuk penghalang yang tidak dapat tembusi di
kawasan itu.
Organisma
yang hidup di kulit menjalankan fungsi perlindungan lain dari kulit.
Sekumpulan mikrob tak berbahaya hidup di kulit, dan telah menyesuaikan
diri dengan medium asid kulit. Kerana memperoleh makanan dari
bahan-bahan sisa di keratin kulit, mikrob ini menyerang segala macam
benda asing untuk melindungi tempat makannya. Kulit, sebagai tuan rumah
mikrob ini, bagai bidang kelengkapan yang menyediakan sokongan luaran
bagi pasukan di dalam tubuh manusia.
Respon
pertahanan pertama organisma melawan penyerangnya yang berbahaya adalah
perbaikan sendiri yang cepat dari rangkaian kulit setelah berlakunya
luka. Ketika luka kulit, sel-sel pertahanan dengan segera bergerak ke
kawasan luka untuk memerangi sel asing dan membuang sisa-sisa rangkaian
yang terganggu. Kemudian, sejumlah sel pertahanan lain meningkatkan
pengeluaran fibrin, iaitu protein yang dengan cepat menutup kembali luka
dengan rangkaian berserat. Gambar ini adalah gambar fibrin yang sudah
menyelubungi beberapa sel darah merah.
Pandangan Mendalam atas Kulit
Di
atas adalah gambar penampang melintang kulit. Titisan peluh yang
dikeluarkan dari kulit bermain pelbagai peranan bagi tubuh. Selain
menurunkan suhu badan, mereka menyediakan zat bagi bakteria dan kulat
tertentu yang hidup di permukaan kulit, dan menghasilkan bahan sisa
bersifat asid seperti asid laktat yang membantu menurunkan tahap PH
(keasidan) kulit. Media bersifat asid di permukaan kulit ini mewujudkan
persekitaran yang tidak baik bagi bakteria berbahaya yang mencari tempat
tinggal.
Gambar
diatas merupakan tampak dekat dari jalan masuk kelenjar peluh. Di sini,
juga, anda akan mendapati bakteria seperti di tempat lain di kulit.
Gambar
ini, yang diperbesar 5.900 kali, memperlihatkan sel-sel di trakhea
(biru). Mereka menggunakan kelenjar mereka (kuning) untuk merembeskan
suatu sebatian yang terjebak di zarah-zarah udara.
Pada
gambar ini, anda boleh melihat makrofaj yang terletak pada rangkaian
paru-paru. Mereka mengeliminasi zarah debu di udara yang kita hirup
Sungguh
Besarnya Kuasa Allah Atas rahmatnya, betapa kasih sayangNya pada kita
hambaNYA manusia dengan sistem pertahanan tubuh dan perlindungan dari
Allah yang jarang kita fikirkan berupa keajaiban dan rahsia dari kulit
semata belum bahagian tubuh yang lain.
Semoga
boleh menambah wawasan kita dan semakin boleh membuat kita semakin
dekat dan bersyukur atas tubuh yang telah diberikan Allah SWT.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan