Assalamualaikum wbt....
Jika mata anda keletihan...memandang skrin komputer berjam-jam, rehatlah seketika.
Pandanglah keluar jendela. Lihatlah pepohon yang menghijau. Pasti mata
anda mendapat kerehatan. Itulah antara keistimewaan melihat warna
hijau.
Melihat keindahan alam yang menghijau sungguh menenangkan dan
menyegarkan jiwa dan minda. Kehijauan alam menyejukkan mata memandang...
Kehijauan alam memberi kedamaian...hati, jiwa dan minda.
Kenapa warna kehijauan itu cukup menenangkan? Istimewanya warna hijau
kerana ia merupakan warna pilihan yang ada didalam syurga... Ia
menjadi warna simbol agama Islam di seluruh dunia.
1. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan)
berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya
serta permaidani-permaidani yang sangat indah.” Ar-Rahman: Ayat 76
2. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari
sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi
dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh
Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.” Al-Insan: Ayat 21
Malah Nabi Muhammad SAW sendiri amat menggemari warna hijau... Lihatlah Kubah Masjid Nabawi itu sendiri berwarna hijau.
Begitu istimewanya warna hijau sehinggakan tertulis di dalam Al-quran. Mari kita nikmati pelbagai keindahan alam yang menghijau kerana ia menyejukkan, menenangkan dan mendamaikan hati, jiwa dan minda.... Sambil menikmatinya...bersyukur diatas nikmat yang beri. Mengagumi kebesaran dan kekuasaan Ilahi...Allah SWT yang Maha Esa.
(klik gambar untuk besarkan...ada akan terasa lebih nikmat)
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Laa ilahailallah...
Allahuakbar...
Di ciptakan Allah SWT akan alam yang menghijau
ini untuk kita nikmatinya bersama. Peliharalah keindahan semulajadi
ini... Jagalah ia agar generasi akan datang juga dapat menikmatinya.
Ingatlah...pepohon yang menghijau inilah yang menjadi sumber kehidupan
setiap makhluk yang bernyawa...
relaksmindablogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan