Khamis, 28 Februari 2013

Resepi - Bawal Taucu Pekat

Masak_taucu 

Bahan-bahan ( Anggaran 3 org makan )

  • 1) 1 ekor ikan bawal (boleh guna ikan tenggiri, kembung, kerapu dll)
  • 2) 4 biji bawang putih
  • 3) 1 biji bawang besar (potong 6)
  • 4) 7-8 cili padi
  • 5) 1 biji cili bengala (potong 8)
  • 6) 2 peket taucu (sy guna cap bilal)
  • 7) 1 sudu asam jawa (jadikan 1 cwn air)
  • 8) 3cm halia (hiris halus)
  • **gaulkan ikan dgn garam, kunyit & tepung beras

 

 

Cara-cara

  1. Goreng ikan sehingga garing dan angkat.
  2. Kemudian blend taucu dgn air asam dan sedikit halia.
  3. Tumiskan bawang putih, cili padi, dan halia sampai naikbau dan masukkan bahan kisar tadi. Masukkan gula, masak hingga agak pekat.
  4. Masukkan bawang dan cili bengala.. kemudian masukkan tepung jagung. masak dalam 2 minit dan tutup api.
  5. Tuangkan kuah ke atas ikan tadi. Siap dihidangkan.  .myresipi.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...