Selasa, 26 Februari 2013

Perkara Yang Perlu Dielakkan Bila First Date

1st date ni tak bermaksud 1st time korang keluar dengan perempuan(kalau korang lelaki) atau lelaki(kalau korang perempuan), 1st date ni mungkin date/ temujanji pertama korang dengan seseorang yang korang tak pernah keluar sama2, mungkin 1st time korg keluar sama2 pada hari minggu, mungkin sebelum ni korang pernah keluar sama2, tapi time lunch kejap. Ni 1st time korang keluar sama2 time hari cuti, tu pon boleh dikira 1st date gak. 1st date merupakan date yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling penting, date ni penentu sama ada korang serasi atau tak dengan si dia, sama ada hubungan ni akan naik ke satu level yang lebih tinggi.




Tepati masa

tepati masa
-Tolong jangan jadi JANJI MELAYU!!! Janji pukul 9.30, pukul 11 baru sampai. Kalau si dia spesis macam saya, jenis tak suka menunggu dan ditunggu, dan korang lambat, memang silap besarla… 1st date boleh jadi masa penilaian dan dia adalah jurinya… tambah2 kalau dia ni tengah buat perbandingan, kot2 ada banyak pilihan, so buktikan yang korang terbaik… Kalau tersangkut dalam jam atau kereta breakdown, bgtahu dia cepat2, jangan sampai die tanya korang dah sampai mana.

-Kalau boleh jangan datang terlalu awal, kalau date pukul 9.30, jangan la pukul 8 korang dah sampai, kang mood teruja korang tu hilang pulak.

Jangan layan telefon


abaikan telefon
-        Beri perhatian penuh untuk dating kali ni… Kalau telefon korang tu asik berbunyi je, offkan sekejap untuk beri ruang untuk date kali ni… kalau korang ada lebih dari 1 telefon, offkan satu, yang selalunya dihungi oleh ramai orang, biar satu yang family korang tahu nombo tu on. Jangan biarkan telefon tu ganggu tumpuan korang ketika date kali ni… Ini akan memburukkan persepsi si dia. Mungkin dia akan serik untuk keluar dengan korang lagi.

Jangan membebel


-        Memang betul… kalau date tu berjalan dengan senyap, memang boring, tapi kalau korang je membebel, tak bagi peluang kat die nak bercakap atau berkongsi pendapat pon tak bagus, mungkin dia akan menganggap korang ni sepsis yang dominan atau autokratik macam alongxp… hehe…

Dengar.

good listener
-        Kepada lelaki, jadilah pendengar setia… mungkin masa ni awek tu nak luahkan kesedihan dia, kalau korang jadi pendengar setia, dan lagi bagus korang bagi kata2 motivasi. conform akan adalah 2nd,3rd dan seturusnya lepas ni(tips berdasarkan pengalaman peribadi saya)

-        kepada perempuan, nilah masanya korang nk kenal diri dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka… orang lelaki ni jarang suka bgtau banyak kali. so sendiri mau ingatla kan? kalau korang betul2 nak kat dia, buat apa yang dia suka, jangan buat apa yang dia tak suka.

Jangan bukak topik panas

mereka bertengkar

-        Senyap sangat pon jangan, membebel sorg2 pon jangan,  bagi peluang dia cakap gak, tapi elakkan dari membuka topik panas yang boleh menjadikan korang pedebat tak diiktiraf. Antara topik panas adalah topik agama atau lebih khusus lagi POLIGAMI. Tak banyak pompuan yang boleh terima benda ni, kadang2 ustazah pon boleh menegakkan benang yang basah bab ni… so jauhkan dari bukak topik2 berkaitan benda2 macam tu. dan antara topik panas lain adalah politik, kadang lelaki ni ada pandangan tersendiri, bila kita silap orang, mau ditinggalnya korang terkebil2 kat tengah jalan. Cuba deengan topik yang dia minat, macam hobi ke.. artis kegemaran dia ke, fesyen ke. ok?

Jangan bukak cerita hubungan lalu

cerita lama
-        Seboleh-bolehnya jangan bukak cerita pasal ex korang, sama ada psl kebaikan atau keburukkan die, bukan untuk 1st date ni je… 2nd , 3rd even dah kawin sekali nanti pon, elakkan bukak  cerita pasal ex korang, tu pesan sorang KAKAK kepada sya dulu… tambah dia lagi walaupun untuk niat nak memuji pasangan kita sekarang atau nak menunjukkan yang dia lebih baik dari pasangan kita dulu.

Jangan lupa melawa

berpakaian kemas
-        Wlaupun korang ni spesis macam saya, g KLCC pon pakai selipar jepun, pegi raya rumah orang pon pakai seluar pendek, untuk date kali ni, cuba pakai kemas, lawa, menawan, wangi dan semenarik mungkin. Si dia takkan tegur benda yang dia tak suka untuk 1st date ni, dan ni akan memberikan satu persepsi yang kurang baik. Lagi best kalau korang cuba buat kajian die suka orang berpakaian macam mana, then pakai pakaian yang macam tu. ;)

Jangan lupa buat rancangan

perancangan

-        Buat plan, jadikan plan korang tu sebagai plan B, kot2 si dia tak tahu nak g mana, dan kalau boleh, buat backup plan skali. Jangan biarkan 1st date tu sebagai satu benda yang membosankan, dengan tak tahu nak buat apa, dok lepak kat kedai buku je ke. Plan apa yang nak dibualkan, kat mana nk g makan, cerita apa nk tengok, apa suprise yang nk diberi.

Jangan tengok orang lain


-        Jangan nak sibuk tengok orang lain, tambah2 kalau yang berlainan jantina(lelaki tengok perempuan, perempuan tengok lelaki.) tak baik tau… lagi fail kalau kantoi. habislah korang… Stay focus!!! anggap macam xde orang kat sekeliling, fokus kat die je…. die je…
 http://alongxp.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...