Boleh dikatakan bumi dianggap kapal angkasa yang mengelilingi matahari dengan kelajuan 30 kilometer sesaat.
Ia terus-menerus berlanggar dengan jirim yang berterbangan di ruang angkasa lepas seperti debu dan batu.
Jirim dikenali sebagai
Nuansa
meteorit dan jika memasuki ruang bumi, ia
akan terbakar dan membentuk meteor atau tahi bintang, seperti kejadian
di Russia, baru-baru ini.
Ruang angkasa yang dihiasi bintang, bulan dan planet adalah penghias langit anugerah Allah.
Angkasa juga mengandungi berjuta-juta bintang dan objek angkasa
lain yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera manusia seperti
galaksi, kuasar, pulsar dan lohong hitam (black hole).
Dalam pada itu, kedatangan berkala ‘batu angkasa’ seperti meteoroid, komet dan asteroid kadang kala menggemparkan.
Ahli astronomi menganggarkan 1,000 hingga 4,000 tahun asteroid yang
merentasi orbit bumi, manakala 200 komet boleh dilihat dari bumi secara
berkala dalam tempoh beberapa ratus tahun.
Komet yang paling popular ialah Komet Hailey yang mengorbit setiap 76 tahun.
Dalam al-Quran objek serpihan angkasa seperti asteroid, meteor dan
komet dinyatakan sebagai ‘bintang yang cahayanya menembus’, manakala
meteor pula dijelaskan kegunaannya sebagai alat pelempar syaitan.
Jika ada yang masih ingat, bagaimana peristiwa perlanggaran planet
Musytari oleh serpihan komet Shoemaker-Levy 9 pada Julai 1994 dan garis
pusat kesan impak itu adalah lebih kurang saiz garis pusat bumi.
Perkataan komet itu berasal daripada bahasa Yunani bermaksud ‘yang
berbulu’ namun secara saintifik pula, takrif sebenar komet yang
mempunyai kepala dan berekor, adalah jasad beku antara planet yang
melepaskan gas dan debu sewaktu mendekati matahari.
Gas dan debu
itu membentuk kepala iaitu objek bulat/bujur atau Koma yang terang dan
mempunyai dua ekor panjang, iaitu ekor plasma dan ekor debu.
Bahagian Koma itu pula mempunyai nukleus yang mengandungi ais, manakala
ekor plasma yang juga dikenali ekor ion selalunya lurus pada arah
berlawanan dengan matahari atau searah dengan angin suria.
Ekor debu mengikut arah orbit komet dan ia mengandungi partikel halus serta debu yang ada kalanya melengkung.
Maka, jika dilihat melalui teleskop besar, ia mungkin kelihatan seperti
bebola api yang panas dan terang benderang, tetapi hakikatnya, ia
adalah bebola ais yang sejuk tetapi cair dan meruap apabila terkena
cahaya matahari.
Komet yang mengandungi ais dan debu itu
bersifat mudah pecah. Dari segi teori, ia dikatakan berasal dari satu
kawasan di luar sistem planet dan suria dikenali awan Oort.
Awan
Oort itu adalah tempat berkumpulnya semua komet yang akan keluar menuju
ke matahari. Bagaimanapun, komet bukanlah tahi bintang atau meteor.
Manakala meteoroid adalah ketulan batu atau logam yang datang dari kawasan luar angkasa dan jatuh menembusi atmosfera bumi.
Asteroid pula merangkumi bahan serpihan daripada pembentukan sistem suria.
Menurut teori, asteroid pada asalnya adalah planet yang musnah akibat
perlanggaran kuat dengan saiz yang berbeza, misalnya Ceres berdiameter
kira-kira 1,000 kilometer (km) hingga sekecil saiz batu kerikil.
Setakat ini, sebanyak 16 asteroid dikenal pasti mempunyai diameter 240
km atau lebih besar ditemui di antara orbit bumi hingga orbit Zuhal.
Namun, kebanyakan asteroid ada di kawasan lingkaran utama di antara Marikh dan Musytari yang dinamakan lingkaran asteroid.
Batu antara komet dan asteroid pula dipanggil meteoroid manakala meteor
seperti yang dijelaskan adalah hasil percikan api selepas meteoroid
jatuh menembusi atmosfera bumi.
Mudahnya, meteor mempunyai
jaringan orbitnya yang tersendiri dan lebih dikenali sebagai meteoroid
(saiz rentas kurang daripada satu kilometer) dan juga asteroid (apabila
membabitkan saiz lebih besar (lebih satu kilometer).
Jika meteoroid itu tidak terbakar keseluruhannya dan jatuh menghentam permukaan bumi, ia dinamakan meteorit.
Hasil kajian terhadap meteorit mendapati, 92.8 peratus mengandungi
silika dan 5.7 peratus besi dan nikel, manakala bakinya campuran
ketiga-tiga bahan itu.
Fenomena meteor jatuh ke bumi berlaku
setiap malam dengan bilangan purata empat bilion meteor, kebanyakannya
bersaiz kecil (besar sedikit daripada saiz atom) dan berat terkumpul
melebihi beberapa tan metrik.
Satu jumlah yang agak besar dan
memeranjatkan namun boleh diabaikan kerana kebanyakan menjadi debu dan
jika ia berjaya merentasi halangan sesaran serta suhu yang amat tinggi,
saiz batu terbabit tidak berbahaya dan amat kecil jika dibandingkan
dengan berat keseluruhan bumi pada 6,600,000,000,000,000,000,000 tan
metrik.
Sebanyak 90 peratus daripada meteor di bumi berasal daripada meteoroid yang berlegar di antara planet Marikh dan Musytari.
Apa yang menarik mengenai fenomena kejatuhan meteoroid adalah pada
keindahan cahaya yang dipancarkan seperti yang dirakam pelbagai kamera
ketika meteor melintas langit Rusia, baru-baru ini.
Cahaya
berkenaan terhasil apabila meteoroid berlanggar dengan molekul udara
membuatkan kehilangan elektron pada jumlah yang banyak dan pertemuan
antara atom yang tertinggal dengan elektron dari udara membuatkan cahaya
terpancar pada warna tertentu.
Di udara apabila kelihatan
meteoroid berwarna jingga kekuningan, elemen natrium dipercayai hadir
dan jika cahaya yang terpancar berwarna kuning, kemungkinan besar elemen
pada meteor itu adalah besi.
Bagi cahaya biru kehijauan, elemen
magnesium, ungu menandakan kehadiran kalsium, manakala cahaya merah
menandakan kehadiran elemen silikon.
Terdapat tiga meteor
termasuk batu, besi dan batu berbesi. Meteor jenis berbatu pula
terbahagi kepada jenis ‘chondrites’ beku dan chondrites cair.
Chondrites dipercayai terbentuk pada satu masa yang sama dan dari bahan
sama seperti planet berbatu di bahagian tengah sistem suria.
Secara saintifik, Chondrites adalah campur-aduk daripada pelbagai bahan;
kebanyakan mengandungi bintik campuran logam besi dan tembaga putih
yang berkilat, serta tompok berwarna pucat CALs (Calcium and
Aluminium-rich Inclusions) yang mengandungi sedikit kalsium dan
aluminium.
Pengkajian chondrites boleh menjelaskan mengenai
bagaimana planet tercipta dan bahan asal yang membentuk planet dalam
sistem suria.
metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan