Kira-kira dua tahun lepas, jambatan pejalan kaki yang baru telah dibuka di Lujiazui, daerah Pudong di Shanghai, China.
Apa yang menariknya tentang jambatan pejalan kaki ini rekaannya yang berbentuk bulatan besar yang sangat unik dan menarik.
Ianya direka bagi
pejalan kaki untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di roundabout yang
terdapat di tengah-tengah bandar tersebut. Jambatan tersebut
menghubungkan bangunan Oriental Pearl Tower ke tempat-tempat lain yang
terdapat di sekitar seperti pusat membeli-belah dan kafe, stesyen
transit dan bangunan-bangunan pejabat yang lain.
Jambatan pejalan
kaki ini berketinggian 5 meter dan dilengkapi dengan laluan escalator
untuk turun naik, serta ianya mampu memuatkan seramai 15 orang pada satu
sisi kelebaran. Sejak pembukaannya, ianya menjadi tarikan pengunjung
yang tidak peliklah, kerana rekaannya yang sangat menarik dan efektif
untuk keselesaan dan keselamatan pejalan kaki, selain mampu mengurangkan
kesesakan lalu lintas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan