Rabu, 20 Februari 2013

TIPS MEMBELI KAMERA DSLR



1.Sebagai Keperluan atau Kehendak
Sebelum membuat keputusan untuk membeli kamera, cuba fikir dulu sejenak adakah kamera tersebut untuk buat side income atau sekadar hobi semata-mata. Sekiranya ingin buat side income boleh la beli yang mahal cikit yang banyak function tapi kalau sekadar hobi tu jangan lah ikut perasaan sangat.





2.Harga
Perkara yang paling penting sekali adalah harga sebelum memilih mana-mana kamera. Bagi yang terasa dirinya masih lagi beginer ataupun masih baru dalam bidang fotografi ataupun juga untuk menambahkan skill boleh lah beli kamera yang berharga kurang daripada RM3000 kebawah. Jangan lah beli kamera yang terlalu mahal setanding dengan pro-pro sekiranya korang masih baru lagi dalam bidang ni. Sekiranya korang beli kamera yang mahal tetapi tidak tahu menggunakan dengan betul,hasilnya tetap sama dengan yang murah.

3.Brand/Jenama
Ini masalah yang selalu mengkusutkan fikiran kita,ada member cakap beli jenama tu ada yang cakap beli jenama ni,memang susah nak buat keputusan dengan betul. Walaupun pelbagai jenama kamera di pasaran kini,namun semuanya sama dan tepuk dada tanya selera. Kalau korang inginkan faedah jangka masa panjang, belilah kamera yang sama brand dengan member korang.Jika ramai member korang yang beli kamera brand C,belilah kamera brand C sebab korang boleh bertukar-tukar skill ker,lens,functions sekurang-kurangnya ada tempat rujukan. Kalau member korang takder kamera jugak,belilah yang mana satu pun yang penting cukup bajet.

4.Warantty 
Surat jaminan sangat penting apabila membeli kamera. Kamera DSLR bukannya murah,sekiranya mempunyai masalah ataupun rosak sekurang-kurangnya korang ada jaminan. Pastikan jaminan yang diberikan adalah setahun.

5.Aksesori
Sebelum membayar kamera yang dibeli,pasti semua aksesori lengkap seperti lens,tripod,charger,battery dan yang paling penting adalah beg. Selain itu korang perlu pastikan memory card diberikan paling kecil pun dalam 4gb. Bagi yang buat side income dengan fotografi dinasihatkan beli memory card yang paling besar supaya memudahkan kerja.
 http://blogfyna.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...