Sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti berapa lama gincu, maskara
atau bedak asas yang dimiliki digunakan, ini bermakna sudah tiba masanya
alat solekan tersebut patut dibuang.
Benar, jarang sekali kita menjumpai mekap yang mana tarikh luputnya jelas tertulis pada bekas tetapi secara amnya, maskara hanya akan bertahan selama tiga bulan manakala bedak asas perlu diganti selepas menemui tempoh 12 hingga 18 bulan. Gincu pula tidak elok dipakai selepas menggunakannya selama setahun, berbeza dengan pelembap bibir yang masih boleh bertahan sehingga 18 bulan.

Alat solek yang boleh tahan sehingga dua tahun termasuklah celak mata berbentuk pensil kerana asahan yang dibuat akan membuang bahagian yang kotor. Namun, celak berjenis cairan pula perlu dibuang selepas digunakan selama dua bulan.
Ini kerana menurut beberapa kajian, bahan solek yang mengandungi minyak mudah dimasuki bakteria dan sekiranya digunakan secara berterusan, akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kulit wajah.
Untuk memastikan sama ada mekap yang ada itu sudah lama ataupun tidak, apa yang anda boleh buat adalah tulis tarikh pertama mekap tersebut digunakan.
Bagi anda yang tidak gemar membazir wang membeli mekap baru setiap bulan, pastikan bekas mekap yang digunakan itu ditutup rapat. Satu lagi cara yang lebih efektif adalah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk.
pentakbertudung.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan