Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini sesi masak-memasak kita untuk resepi masakan berasakan tempe, ubi kentang dan ikan bilis. Biasanya tempe masak sambal kering ikan bilis, ubi kentang dan kacang.
Bosan pula asyik masak tempe style sambal macam tue. Saje suka outer2
try masak Tempe 3 Rasa pulak. Okay sedap je tak perlu masak guna ikan untuk Ikan Masak 3 Rasa.
1 peket Tempe (dipotong kecil)
100 gram ikan bilis
2 biji ubi kentang (dipotong halus)
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan B (sos)
6 batang kacang buncis
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (dihiris)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air
Bahan C (hiasan)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji hijau (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 helai daun limau purut
Cara-cara masakan Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap:
1. Ikan bilis, kentang dan tempe digoreng garing terlebih dahulu. Kemudian ketepikan dan mula masak untuk sos.2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik wangi.
3. Masukkan kesemua bahan B yang lain, kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Masukkan bahan C dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos di atas ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
Sampai disini sahaja program masak-masak bersama cik tom. Selamat mencuba Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap!!
http://www.ciktom.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan