Khamis, 21 Februari 2013

Pau Kukus Mudah

 

  Pau Kukus Mudah : Daripada Khalijah Hussin
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar yis mauripan
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 cawan air suam
  • sedikit garam
  • * inti - ikut kesukaan




 



Cara-cara Menyediakan Pau Kukus Mudah:
  1. Masukkan 2 sudu besar yis ke dalam 1/2 cawan air suam.
  2. Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi. Kacau.
  3. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih.
  4. Di dalam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak, sedikit garam dan campuran yis tadi.
  5. Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan.
  6. Biarkan doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik.
  7. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulatkan.
  8. Leperkan doh dan isikan inti.
  9. Biarkan doh mengembang lagi.
  10. Sementara itu, panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit.
Pau Kukus Mudah : Daripada Khalijah Hussin

 resepimudah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...