Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran
"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam
dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya.
Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang mendengar, "[Qs. Ar-rum: 23]
Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang
hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang
berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni
dengan tidur.
Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan
menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang
diperolehi di siang hari.
Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari
atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan
memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur
sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan
mengingat akan lebih cepat.
Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian
diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur
dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan
hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.
Dan hasilnya ternyata tidur singkat di 'siang hari' sama pentingnya
dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari
sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat
berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari
perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama
seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.
Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk
tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga
penting sebagaimana tidur malam.
Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur'an sebagai kitab yang diturunkan dari
Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan
mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21.
Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang,
sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad
lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan
antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi
MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di
kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan
begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat,
menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali
selepas seseorang bangun dari tidur.
Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada
pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu
antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh
kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur
melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.
Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau
kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian
waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan
aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para
pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada
pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga
pekerja dimalam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun
tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak
mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas
bangun tidur.
Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
"Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa
(seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa
(orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang
lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. "(Qs.
Az-Zumar: 42).
Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur
dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt
sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang
dilakukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh.
Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur
sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak
akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita
tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal
Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo'a
sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan".
Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur'anul karim selama kira-kira
15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah
keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan