Kehidupan. Ia
sering berlegar-legar dalam kotak fikiran. Bagaimana kehidupan kita pada
masa kini dan juga akan datang. Kehidupan ini merupakan satu bentuk
sebuah jalan yang kita lalui. Jalan itu berbeza bagi setiap manusia. Ada
manusia melalui perjalanan yang sukar pada awalnya dan menemui
kemudahan di penghujungnya dan ada juga yang melalui jalan mudah pada
permulaan tapi sukar di pengakhiran perjalanan. Itulah dinamakan
kehidupan dimana perjalanan hidup manusia itu berbeza bergantung kepada
bagaimana kita mencorak perjalanan.
Bagi setiap diri manusia, pastinya kebahagiaan dan kemudahan dalam setiap perjalanan adalah satu keinginan. Tapi ia tidak semudah yang kita impikan. Tatkala melalui perjalanan, ada sahaja dugaan cabaran yang mendatang. Apa yang perlu kita lakukan adalah menilai sejauh mana cabaran dan dugaan itu mampu kita hadapi dan bagaiman kita hendak menghadapi. Itulah sebenarnya dugaan sebenar penggunaan akal untuk membentuk sebuah kebahagiaan di sebalik kesusahan.
Melalui jalan dalam kehidupan pastinya kita memerlukan sesuatu. Misalnya jika kita pergi mengembara ke mana sahaja, makanan dan minuman adalah satu prioriti untuk kita teruskan perjalanan. Analoginya sama dengan kehidupan yang kita lalui. Kita semua adalah pengembara yang memerlukan ilmu untuk terus gah di atas jalan kehidupan. Tanpa ilmu yang cukup belum tentu kita mampu mengharungi segala dugaan di atas jalan kehidupan.
Belum mampu kita berdiri teguh di atas jalan kehidupan, ada sahaja rintangan yang perlu dihadapi. Ini sebenarnya ada hikmah yang kita sendiri perlu lihat dari mata hati. Setiap dugaan yang kita lalui adalah untuk kita menimba pengalaman di masa hadapan. Tidak perlu mengalah untuk terus bangkit dalam kehidupan ini. Pahit manis sebuah kehidupan iru sebenarnya mengajar siapa kita di masa hadapan. Pilihan di tangan kita untuk mencorak kehidupan sendiri. Nilailah kehidupan anda dari dahulu hingga sekarang. Adakah lebih baik atau sama sahaja tanpa perubahan?
#Kita adalah apa yang kita fikirkan
MENULISmencontengblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan