Jumaat, 22 Februari 2013

LHDN Hantar Borang Penyata Cukai Taksiran 2012

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang dalam proses menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan (ITRF) bagi kategori E, BE, B, M, P, TP, TF dan TJ bagi Tahun Taksiran 2012 kepada

pembayar cukai yang meraih pendapatan daripada perniagaan dan/atau pendapatan lain.

Bagaimanapun, Lembaga itu tidak akan mengeluarkan ITRF bagi Tahun Taksiran 2012 kepada pembayar cukai yang sebelum ini mengemukakan borang melalui e-Filing (termasuk m-Filing).





Pembayar cukai boleh terus menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk mengemukakan ITRF mereka bagi Tahun Taksiran 2012 mulai 1 Mac, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tarikh tutup untuk mengemukakan ITRF bagi Tahun Taksiran 2012 ialah: 31 Mac, 2013 bagi majikan; 30 April, 2013 bagi mereka yang tidak menjalan perniagaan, dan 30 Jun, 2013 bagi mereka yang menjalankan perniagaan.

Ia berkata e-Filing ialah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh LHDN yang membolehkan pembayar cukai melengkapkan, mengira dan mengemukakan ITRF mereka secara elektronik melalui Internet. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...