Selasa, 19 Februari 2013

Skuter Eletrik Yang Boleh Dilipat Menjadi Beg

Satu kumpulan non-profit, Arto telah mereka Moveo, sebuah skuter elektrik yang bukan sahaja kecil dan ringan, malahan ianya boleh dilipat seperti beg bagasi yang boleh ditarik menggunakan roda.

Skuter yang mempunyai berat kira-kira 24 kilogram ini mempunyai kelajuan 45 kilometer sejam dan kuasa bateri yang mampu bertahan sepanjang 35 kilometer perjalanan.



Skuter yang ditunjukkan di sini hanyalah prototaip namun Arto, syarikat yang bertanggungjawab mereka design skuter eletrik ini menyasarkan pengeluaran sebanyak 4,000 buah setiap tahun sebaik sahaja dana berjaya dikumpul. Harganya pula bermula dari 3,600 hingga 4,600 US Dollar.
 
 


#Sangat cool!

 
 



Sumber dari Mashable

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...