Walaupun hoki
tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu
permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali
sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan
salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia
dimainkan dalam Sukan Olimpik.
Adalah
sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama
kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000
tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani
Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw
lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.
Sebelum
penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M.
Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda
untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan
langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo
adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di
Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.
Orang
Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang
mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara
puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua
penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil
bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar
dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.
Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet.
Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki
moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu
dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.
Apabila
hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan
diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon
ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.)
ditubuhkan dengan Prince of Wales
pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama.
Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan
ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan
standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita
yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan
perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula
mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh
B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England
dengan Ireland telah diadakan.
http://myhokiband.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan