Rabu, 27 Februari 2013

Api Yang Berputar (Kisah Seram)

Pada bulan lepas saya telah berkunjung ke Pusat Sains Singapura bersama anak lelaki saya. Di sana ada satu pertunjukan khas yang dinamakan "Vortex of Fire" atau api yang berputar-putar seperti angin puting beliung (tornado).

Oleh kerana kami sampai lewat, jadi anak saya menarik tangan saya untuk menghampiri lebih dekat lagi. Keadaan api tu berada di dalam satu kotak pertunjukan yang besar, tingginya agak2 rumah dua tingkat HDB. Anak saya pun ghairah mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil video rakaman seperti penonton-penonton yang lain. Saya pun amat kagum dengan keadaan api yang berputar-putar itu seperti menari-nari.


 
 
 
 

Tiba-tiba alangkah terperanjatnya saya, api itu bertukar menjadi seorang wanita di dalam kesakitan yang teramat sangat! Saya tenung lagi betul-betul, kurang yakin apa yang saya lihat. Penampakan wanita itu tidak berapa jelas tapi saya dapat melihat wajahnya. Kedua-dua matanya ditutup dan mulutnya terbuka. Apakah yang telah terjadi? Naluri saya ingin membantu tapi bagaimana? Saya pun berundur ke belakang jauh sedikit dari pertunjukan sehingga tidak dapat melihat wanita itu.

Apabila pertunjukan itu sudah selesai dengan orang ramai bersurai, saya pun menghampiri kotak pertunjukan untuk melihat sama ada wanita itu masih kelihatan lagi ke tidak? Saya memerhatikan setiap penjuru ruang itu terutama bahagian di tengah-tengah yang mengeluarkan api yang besar itu. Wanita itu tidak kelihatan lagi! Anak lelaki saya pula memanggil saya untuk menonton 'video' yang diambilnya. Video itu pun tidak menunjukkan wanita yang saya lihat tadi.

Di Youtube, anda dapat melihat keadaan api yang saya maksudkan dan telah disenaraikan rakamannya sebagai "The Best of Physics". Adakah eksperimentasi yang dilakukan telah melanggar keadaan alam semulajadi dan telah "menyiksa" makhluk di alam lain secara tidak sengaja?
 http://seram-giler.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...