Selesai misi hari ke-2 di Idlib..
Serangan selepas Subuh tadi merupakan serangan daripada kedua2 belah
pihak bagi merampas kawasan. Alhamdulillah, FSA berjaya merampas satu
check point yg dikuasai regim Bashar Assad. Allahuakbar.
Terkejut dengan khabar angin bahawa saya sudah meninggal dunia. Betapa mudahnya tersebar rumours dan exaggeration.
Ada beberapa pencerahan di sini:
1. Gambar yang tersebar luas itu gambar sebenar. Bukan
diphotoshop atau diedit. Gambar tersebut menggunakan lens Samyang 24mm
f1.4 dan hasil bokehnya memang sedemikian. Tiada editing dan tiada
apa-apa teknik khas digunakan. Sila tingkatkan ilmu fotografi anda atau
bertanyakan kepada yang ahli dalam bidangnya.
2. Tugasan saya di Syria adalah sebagai Dokumentari-maker dan
sesiapa yang follow up perkembangan saya sejak misi pertama pada
penghujung Mei lepas tahu bahawa saya sedang menghasilkan dokumentari
berkaitan Syria.
3. Kepada media mainstream atau non-mainstream media (e.g:
blogger), sila berhubung terus dengan saya untuk dapatkan first-hand
information sebelum publish berita anda. Lebih banyak penambahan dari
fakta sebenar.
4. Kepada yang mempertikaikan kebenaran bahawa kami diserang
sniper dengan alasan kononnya tidak logik sniper basyar tidak ada team
follow up selepas menembak. Ketahuilah, realiti peperangan sangat
berbeza dengan suasana latihan dan scene dalam filem. Sila kurangkan
tonton filem. Lokasi kejadian memang diketahui penduduk tempatan
terdapat sniper basyar dan sudah ramai menjadi mangsa. Ditempat tersebut
juga terletaknya kubu pertahanan mujahidin FSA. Jadi jika berlaku
serangan dari pihak tentera basyar maka akan berlakunya serangan balas
dari FSA. Dan serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan van kami
dalam keadaan bergerak. Sniper terbaik dunia pun ada kebarangkalian
untuk tersasar tembakannya jika suasana sekeliling tidak membantu
seperti gelap, kadar kelajuan angin dan sasarannya bergerak.
5. Berkenaan dengan penggunaan senjata api. Ya saya diberi
peluang oleh Mujahidin FSA untuk menembak kearah tentera regim yang
hampir setiap masa menyerang rakyat, masjid-masjid, sekolah-sekolah
dengan bom dari pesawat udara, kereta kebal, meriam, mortar, sniper dan
bermacam lagi kelengkapan canggih. Saya ingin merasai sendiri pengalaman
dan perasaan mujahidin di medan perang. Siapa dapat tahan melihat
sendiri kekejaman di hadapan mata dan hampir-hampir pula menjadi mangsa?
Peluang ini saya kira sebagai satu penghormatan. Tapi untuk bergelar
mujahidin masih jauh lagi layaknya saya berbanding para mujahidin di
sini. Memegang dan menggunakan senjata api untuk menentang regim yang
menyembelih rakyat tidaklah haram sepertimana sebahagian rakyat Malaysia
kecoh tentang ‘haram’nya memegang anjing. Kehidupan disini dikelilingi
orang-orang bersenjata api hinggakan seorang mudir sekolah agama
terpaksa membawa pistol disebalik Alquran kecil yang dibawanya ke
sekolah semata-mata ntuk mempertahankan diri. Di bawah gambar viral
tersebut saya ada komen bahawa saya tidak layak memegang title mujahidin
tersebut kerana saya melihat sendiri ketabahan dan kekuatan mereka
mengaharungi segala penderitaan memperjuangkan agama Allah dan
meninggalkan terus nikmat dunia.
Mereka sangat mulia akhlaknya, tidak
mudah marah, tidak mudah melenting dan tidak mudah membuat sesuatu yang
sia-sia apatahlagi merugikan ummat Islam. Mereka sangat menyanjungi
bantuan rakyat Malaysia walaupun sumbangan kita terhad kepada
kemanusiaan seperti bantuan makanan, bantuan pendidikan, bantuan
perubatan dan pembangunan. Maka insyaAllah saham kita juga bersama para
mujahidin.
6. Melihat sendiri suasana kehidupan mujahidin memberi
inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk saya terus berjuang
dengan cara saya sendiri melalui media dengan bersenjatakan kamera. Itu
jihad saya. Kerana saya tahu ilmu dan kebolehan yang Allah berikan
sebagai videographer bukan suatu yang sia-sia dan tidak patut
disia-siakan. Jika para mujahidin berjuang menggunakan senjata api dapat
menewaskan 10 orang tentera musuh, senjata media dapat tumbangkan 1
kerajaan zalim dengan memberi pendedahan, penerangan dan kesedaran
kepada masyarakat dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di sini
melalui 1st hand information supaya masyarakat dunia bangkit menentang
kekejaman rejim basyar. Apatah lagi media mainstream sangat berat
sebelah dalam melaporkan apa yang berlaku di Syria. Siapa lagi nak
diharapkan kalau bukan kita sendiri turun melihat sendiri dan melaporkan
fakta sebenar apa yang berlaku?
7. Sheikh Muaz, seorang pengetua yayasan Maahad Tahfiz di
Aleppo, Syria sendiri menyampaikan amanat kepada saya bahawa “biarlah
kami di sini berjuang mengangkat senjata kerana ini tanah tumpah darah
kami, kamu sebagai media berjuanglah menyampaikan kepada rakyat Malaysia
dan dunia mengenai perjuangan kami di sini. Kamera kamu itu senjata
kamu. InsyaAllah ganjaran kita sama disisi Allah”.
8. Saya dah rasai sendiri kesengsaraan kehidupan di medan
perang. Ianya sangat memilukan dan menyedihkan. Hanya sanya orang luar
biasa mampu menempuh kehidupan ini berhari-hari, berbulan-bulan dan
bertahun-tahun. Dan rakyat Syria sedang melaluinya di saat rakyat
Malaysia hidup selesa. Tanyakan sesiapa sahaja yang pernah terlibat
dalam perang, maka tentu jawapannya mereka bencikan perang. Hanya sanya
mujahidin terpaksa berperang untuk membela agama, keluarga dan
kehormatan dari pencabulan, pembunuhan dan penyembelihan rejim yang tak
dahagakan darah dan tak berperikemanusiaan.
9. Kita? Rakyat Malaysia? Masih lagi sering bergaduh
perkara-perkara remeh. Masih lagi menyebarkan berita dan mempercayai
tanpa usul periksa. Masih lagi…………
Kita sendiri ada sambungan jawapannya…
Biar mati berjasa..
daripada mati sebagai orang biasa..
daripada mati sebagai orang biasa..
Salam perjuangan,
Faisal Hamdi,
Mujahidin Media,
5-8-2013,
Idlib, Syria
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan