KUALA LUMPUR: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik
balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan
Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini semalam, berkata Fonterra
memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka
mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang
diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi
dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat
keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan
tertentu produk kami," kata kenyataan itu.
Terdahulu pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey
protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki
dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan
makanan.
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman
sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke
beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang
dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone
Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch
04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1,
05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2,
05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1;
Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2,
06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan
nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2
dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.
"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada
bayi. Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan
bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan
sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan
pengguna yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di
talian 1-800-38-1038.
-antarapos.com
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5Rnag==
P/s: ingat produk-produk ini yer...
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor
batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2,
05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1,
05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1;
Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2,
06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan
nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2
dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.
http://www.edisiblogger.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan