AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA
Semasa kesibukan kita membeli-belah persiapan hari raya ni, jangan
sampai terleka, penjenayah sentiasa mengambil kesempatan nanti tak dapat
balik kampung pula.
Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.
Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita
tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya
dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh
tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya
menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.
Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan
kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia
meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.
Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah
diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang
menggunakan peranti elektronik ‘klip’frekuensi alat kawalan jauh kereta
(car remote’s frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi
remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.
Kesan dari
operasi ‘clipping’ oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik
kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan
jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja
pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka
akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.
Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta
anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang
berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya
tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
isu hangat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan