Nanas, buah tropika berwarna kuning terang
mempunyai rasa berjus manis masam yang menyelerakan dan sering menjadi
bahan pilihan dalam masakan dan minuman. Ia juga berada pada kedudukan
kedua selepas pisang sebagai buah tropika kegemaran bagi rakyat Amerika
Syarikat.
Walaupun nanas buah bermusim iaitu bermula sekitar Mac hingga Jun, ia
boleh didapati di semua pasar raya sepanjang tahun. Strukturnya
terhasil daripada bunga kecil yang bergabung bersama di sekeliling teras
dan setiap bunga dikenali sebagai mata.
Pada awalnya, nanas dianggap berasal dari Amerika Selatan, namun ia
pertama kali ditemui orang Eropah pada 1493 di kepulauan Caribbean.
Apabila pelayar termasyhur Christopher Columbus membawa nanas balik ke
Eropah, cubaan dibuat untuk menanam buah itu sehingga mereka menyedari
nanas memerlukan cuaca tropika.
Menjelang akhir abad ke-16, peneroka Portugis dan Sepanyol memperkenalkan nanas kepada kawasan jajahan mereka di Asia, Afrika dan Pasifik Selatan iaitu negara yang masih mempunyai banyak nanas sehingga ke hari ini.

Selain rasa yang lazat dan boleh menambah cetusan rasa dalam masakan dan minuman, nanas juga buah yang sungguh menyihatkan kerana ia kaya dengan
vitamin C, serat, vitamin B6, mangan, tembaga, vitamin B1 dan folat.
Kandungan mangan dan vitamin B1 penting untuk pengeluaran tenaga dan pertahanan antioksidan.
Mereka yang menjaga kesihatan selalunya akan memasukkan nanas dalam diet mereka kerana kebaikannya yang tinggi untuk kesihatan tubuh.
Selain vitamin A dan C, nanas juga kaya dengan mineral seperti fosforus, kalsium, potassium dan kalori yang semuanya membantu memberikan kesihatan yang baik kepada mereka yang gemar memakannya.
Antara faedah kesihatan yang boleh didapati daripada amalan memakan nanas adalah kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah berkenaan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan membantu melawan jangkitan virus yang menyebabkan batuk dan selesema.
Vitamin C adalah antioksidan utama larut air dan mampu mempertahankan semua kawasan berair tubuh daripada serangan radikal bebas yang merosakkan sel normal.
Walaupun ketika seseorang sudah dijangkiti demam selesema atau batuk, nanas mampu membantu menyihatkan tubuh semula. Ini kerana ia kaya dengan bromelain yang berkesan menghilangkan batuk dan menyingkirkan mukus. Selain ubat yang diberi oleh doktor, memakan nanas mampu menyembuhkan seseorang dengan lebih pantas.
Nanas juga popular sebagai makanan yang mampu membina dan menguatkan tulang kerana ia mempunyai mangan iaitu mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang dan tisu penghubung.
Malah dengan pengambilan hanya satu cawan nanas, ia sudah bersamaan dengan 73 peratus daripada keseluruhan keperluan tubuh untuk membina tulang yang kuat.
Ramai yang terlalu memberi perhatian hingga terlupa mereka telah mengabaikan kesihatan gusi yang sama penting peranannya dalam mengekalkan kesihatan gigi dan antara cara untuk mendapatkan gusi yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan nanas kerana ia berperanan mendapatkan gigi dan gusi yang sihat.
Keistimewaan lain nanas juga, ia mampu mengurangkan risiko seseorang mengalami masalah degenerasi makula iaitu penuaan titik di bahagian tengah retina mata manusia yang berfungsi memberikan pandangan yang jelas.
Masalah degenerasi makula adalah punca utama yang menyebabkan kehilangan penglihatan yang jelas dalam kalangan orang dewasa akibat kerosakan pada retina sehinggakan aktiviti seperti membaca, mengenal pasti wajah dan melakukan kerja harian terjejas.
Namun dengan menyelitkan buah nanas dalam diet harian yang kaya dengan vitamin A, risiko mendapat masalah itu mampu dikurangkan sehingga 36 peratus.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan masalah sakit sendi dan pada masa sama menguatkan tulang bagi memperbaiki kesakitan yang dialami serta baik untuk memperbaiki keadaan penyakit gout dan sindrom terowong karpal atau rasa kebas dan lemah otot pada pergelangan tangan.
Salah satu kebaikan nanas yang sememangnya popular adalah ia kaya dengan serat dan mengandungi bromelain yang bertindak meneutralkan keadaan terlalu berasid dan membantu rembesan daripada pankreas yang melancarkan penghadaman serta mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
Kajian yang diadakan juga menunjukkan bromelain mempunyai banyak manfaat kepada tubuh antaranya mengurangkan masalah keradangan yang berlebihan, pembekuan darah yang berlebihan dan beberapa jenis pertumbuhan tumor apabila ia diambil sebagai diet tambahan.
Bagi mengamalkan nanas dalam diet seharian, cuba tambahkan nanas segar dalam minuman pagi anda atau masukkan sekali ke dalam yogurt pada waktu makan tengah hari serta dicampur dalam salad buah-buahan dan sayur-sayuran.

mymetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan