Isnin, 5 Ogos 2013

Senarai Pahala Buat Seorang Isteri

Rasanya ramai yang dah pernah baca, cuma terbakor nak share saja lagi sekali. Kepada mereka yang bergelar isteri atau bakal bergelar isteri, ini pahala yang anda akan dapat bila melayan suami dengan ikhlas dan baik.

 Senarai Pahala Buat Seorang Isteri - Terbakor
 “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.




“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

“Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Subhanallah..!!
terbakor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...