Mahu solat jadi mudah. Mahu solat di masjid 5 kali sehari sekali pun
mudah. Mahu bersedekah mudah. Mahu memaafkan salah dan silap orang lain
pun mudah.Begitulah juga halnya bila mahu mengucapkan "Saya
minta maaf..saya akui ini salah dan silap saya" pun turut jadi mudah.
Tidaklah isu kecil menjadi besar. Tidaklah sanggup kita bermasam muka
berhari-hari. Nabi kata,maksimum tidak bertegur sapa itu 3 hari saja
tuan.
Bila iman sudah kuat, mahu menyampaikan kebaikan jadi mudah. Mahu mengajak kepada berbuat kebaikan dan berdakwah pun bersemangat. Mahu menegur orang yang berbuat dosa juga berani.
Sifat suka menyampaikan kebaikan itu sifat nabi dan mengajak berbuat baik pula kerja nabi.
Bila iman lemah,mahu sebut perkataan dakwah pun takut. Apatah lagi mahu berdakwah,lebihlah seram lagi. Walhal, menyampaikan dan dakwah ini perintah Allah. Pendeknya,bila iman sudah kuat,kemahuan utk melakukan segala apa yang Allah suka semuanya jadi mudah belaka. Iman jadi lemah pun bersebab!
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Hendaklah kamu selalu perbaharui iman kamu". Baginda saw ditanya, "Wahai Rasulullah,bagaimana kami membaharui iman kami?" Baginda saw bersabda, "Perbanyakkan ucapan Lailahaillallah". - [Riwayat Ahmad, Tabarani]
myworknowledge.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan