Kerabu telur salah satu hidangan yang sangat ringkas tetapi rasa yang cukup enak. Untuk kepuasan, anda perlu cuba sajian ini bersama keluarga tersayang. Paling penting, bahan yang diperlukan cukup mudah untuk disediakan.




Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji bawang besar – dihiris
1 batang bunga  kantan – dihiris
2 tangkai cili merah – dihiris
3-4 tangkai cili padi – dihiris
1 cawan kelapa – ambil putihnya sahaja
Jus limau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk mendadar telur

Cara menyediakannya:
  • Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit garam.  Pukul hingga kembang.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan dadar telur.
  •  Gulung telur dadar dan hiris.  Ke tepikan.
  • Campurkan hirisan bawang besar , cili dan bunga kantan dalam mangkuk berisi hirisan telur.  Kacau rata.
  • Dalam mangkuk lain campurkan kelapa parut bersama-sama garam, gula dan jus limau.  Kacau sebati dan secukup rasa.
  • Setelah cukup rasa, masukkan bahan ini ke dalam mangkuk berisi campuran telur tadi.
  • Gaul rata dan hidangkan.
 mingguanwanita.karangkraf.