Khamis, 19 Mac 2015

Resepi - Laksa Lemak Kedah

Laksa lemak Kedah ni bezanya adalah pada kuahnya..sebab guna serbuk kari dan santan..Sebenarnya kuah laksa ni juga adalah kuah yang sama untuk Laksam Kedah..
Ok la tak pandai dah nak tulis panjang2..gambar pun ala kadar jer..
.Kat bawah ni ada resepi kalau sapa2 nak try buat Laksa Kuah Lemak ni...selamat mencuba yer...
 


Resepi:
1 paket laksa direbus hingga lembut ( saya guna Laksa Bihun Mak Siti yang kecil tu)
Bahan2 sampingan:
Timun-di hiris nipis
Pucuk gajus
Taugeh
Telur rebus
Limau kasturi
Cili padi
Bahan2 untuk kuah:
  • 1 kilo ikan selayang/sardin-direbus, diambil isinya sahaja dan dikisar sedikit
  • 2 cawan santan
  • 3 cawan air rebusan ikan
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan sedikit air 
  • 2 tangkai daun kesum
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang merah-dimayang
  • 1 ulas bawang putih
  • Daun kari 
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga layu.
  2. Masukkan pes serbuk kari ..tumis hingga pecah minyak..api jangan kuat tau...
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan dan santan.
  4. Masukkan asam gelugor, daun kesom dan bunga kantan..
  5. Masak kuah hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula...rasa dan jika ok boleh tutup api..dan sedia dihidangkan..selamat mencuba..
 http://resepimingguini.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...