Ibu hamil dinasihatkan untuk elak makan makanan seperti berikut:
- Terlalu manis, tinggi kalori dan tidak bernutrisi
- terlalu masin terutama apabila anda berisiko mnegalami hipertensi atau kaki bengkak
- Makanan yang banyak perisa tiruan
- Makanan atau minuman beralkohol
Telur
Telur merupakan sumber vitamin D terbaik yang boleh membangunkan daya tahan tubuh yang berkurangan ketika hamil. Vitamin D juga membantu penyerapan kalsium. Jumlah yang disarankan ialan 1 biji sehari dan anda dcadangkan untuk merebus sahaja telur. Elakkan mengambil telur mentah kerana ia berisiko mengandungi bakteria salmonella.
Blackcurrants
Blackcurrants adalah antara kudapan sihat untuk ibu hamil yang kaya
dengan vitamin C dan dapat membantu pertumbuhan kelenjar, tulang dan
pembuluh darah janin. Jumlah yang disarankan ialah 50mg sehari atau
sekitar 1 sudu kecil. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus!
Keledek
Keledek kaya dengan Vitamin A yang baik untuk pertumbuhan sel-sel
tubuh dan sistem imunisasi janin. Ia juga kaya dengan beta karoten yang
akan diolah tubuh untuk menjadi vitamin A dan Retinol sebagai salah satu
jenis vitamin B. jumlah yang disarankan ialah satu biji keledek bersaiz
serdehana sehari. Boleh dipanggang atau direbus.
Kacang gajus
Selain sedap dan lembut kudapan sihat untuk ibu hamil ini kaya dengan
protein. Ia diperlukan untuk menjana sel-sel janin. Zat besi untuk
membantu pembentukan sel darah merah dan sel oto serta serat agar wanita
hamil tidak mengalami sembelit. Jumlah yang dicadangkan kira-kira satu
setengah sudu besar sehari.
Roti Bijirin penuh
Sekeping roti gandum mengandungi kira-kira 600 kalori. Roti bijirin
penuh juga kaya dengan magnesium yang dapat membantu mengoptimumkan
penyerapan kalsium bagi menambah kepadatan dan menguatkan struktur
tulang janin.
http://www.ummiadni.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan